Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma 3M umum sumbang 15,000 produk bersih rumah

3,000 benefisiari di daerah South East bakal raih manfaat dalam tempoh dua bulan mendatang
3M
Dec 28, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT global sains 3M telah mengumumkan untuk menyumbangkan 15,000 produk barang pembersihan rumah bernilai lebih $100,000 kepada 3,000 benefisiari di daerah South East dalam tempoh dua bulan akan datang.



Berita itu diumumkan pada 23 November lalu di acara pengagihan habuan produk 3M di Pusat Kegiatan Warga Emas Thye Hua Kwan @ Cassia, yang telah mengagih habuan itu kepada lebih 250 warga emas di sana.



Acara itu telah dirasmikan oleh Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman dan Pengarah Urusan 3M di Asia dan Ketua Negara, Encik Kevin McGuigan.



Sumbangan syarikat 3M menyusuli kempen Kecergasan untuk Kebaikan yang dikendalikan oleh 3M Moves @ South East yang berlangsung selama dua bulan.



Kempen itu mengumpul individu serata Singapura untuk bersenam dan membantu mengumpul dana bagi pemberian habuan kepada golongan yang memerlukan.



Bagi setiap 20 minit yang dicatat, syarikat 3M akan menyumbangkan satu produk pembersihan kepada benefisiari.



Setelah dua bulan, jumlah masa yang dicatat ialah sebanyak 50,000 jam daripada lebih 24,000 peserta.



Menurut Encik Fahmi, beliau berbesar hati dengan kerjasama syarikat 3M.



"Kerjasama berterusan kami dengan 3M telah menyaksikan sokongan padu dari rakan jangka panjang kami, seperti ITE Kolej Timur, APSN Katong School dan UOB, yang telah mengumpulkan pelajar dan kakitangan mereka untuk bersenam, secara fizikal dan, dalam talian.



"Saya bersyukur atas semangat yang diberi secara keseluruhan daripada masyarakat kita," katanya.



Encik Lim Biow Chuan, Penasihat Mountbatten, dan Dr Yek Tiew Ming, Pengetua Institut Pendidkan Teknilal (ITE) Kolej Timur, bersama beberapa sukarelawan belia ITE Kolej Timur and East Youths Singapore turut serta dalam acara itu.



Salah satu penerima habuan itu, Encik Ali Bukur berusia 82, berkata:



"Saya bersyukur kerana banyak orang Singapura telah melangkah untuk membantu mereka yang memerlukan.



"Semasa saya tidak berada di Pusat Kesihatan NTUC untuk Warga Emas, saya harus bergantung pada keluarga saya di rumah kerana masalah mobiliti, dan produk-produk pembersihan 3M ini akan membantu keluarga saya membersihkan rumah dengan lebih senang."



Menurut relawan, Cik Elfira Arbain, 18 tahun dari ITE Kolej Timur, sebagai seseorang yang bersemangat membantu orang kurang bernasib baik, beliau gembira dapat menjadi sebahagian daripada kempen 3M Moves.



"Melihat betapa bahagianya penerima apabila mereka menerima habuan produk itu, ia menjadikannya lebih bermanfaat bagi saya," kata pelajar Nitec dalam jurusan Elektronik, Rangkaian Komputer dan Komunikasi.



Semua penerima menerima habuan diisi produk dari syarikat 3M bernilai $36 merangkumi lima alat pembersihan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >