Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma binaan dapat dua bulan lagi perlindungan Covid-19 daripada kewajipan kontrak

mnd
Dec 28, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT binaan di Singapura akan mendapat tambahan dua bulan perlindungan daripada tindakan guaman dan penguatkuasaan bagi kontrak binaan dan bekalan mereka.



Tempoh perlindungan itu akan dilanjutkan hingga 28 Februari tahun depan. Lanjutan itu juga diberi bagi perkongsian kos bukan tenaga manusia yang layak antara pihak yang menjalin kontrak kerana penundaan disebabkan Covid-19.



Sementara itu, satu rangka kerja perlindungan yang membolehkan kontraktor memohon jumlah bayaran kontrak diubah suai bagi menyerap kos gaji tenaga manusia asing lebih tinggi, tertakluk pada ketetapan penaksir, akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi hingga 31 Mac tahun depan.



Lanjutan itu juga dikuatkuasakan bagi sektor persekitaraan binaan yang lain, termasuk hartanah, khidmat sekitaran dan keselamatan.



Tempoh perlindungan daripada tindakan guaman dan penguatkuasaan serta perkongsian kos itu dilanjutkan sebelum ini pada September kepada 31 Disember.



Kementerian Pembangunan Negara (MND) menjelaskan semalam bahawa lanjutan hingga 28 Februari itu bagi dua tempoh perlindungan itu adalah yang terakhir, "kecuali berlaku sebarang perkara tidak dijangka".



"Kami amat menggalak semua pihak yang berkontrak agar menggunakan lanjutan terakhir ini untuk mencapai persetujuan berkaitan laluan tindakan mampan selanjutnya," katanya.



MND menambah bahawa lanjutan tempoh perlindungan bagi jumlah bayaran kontrak yang diubah suai untuk menyerap kos buruh lebih tinggi dilaksana memandangkan kenaikan berterusan kos gaji tenaga manusia asing yang dihadapi pihak kontraktor.



Ia juga berkata lanjutan ini akan diseiringkan dengan lanjutan rebat levi pekerja asing bagi tempoh sama.



Bagi memastikan aliran masuk pekerja yang selamat sambil mengurangkan risiko pengimportan, MND menggalak syarikat agar terus memanfaatkan dua laluan masuk berdaya maju dan selamat bagi pemegang permit kerja binaan, untuk membawa masuk pekerja bagi memenuhi keperluan segera mereka.



Dua laluan itu ialah proses hujung ke hujung diperketat pimpinan industri dan laluan umum pemegang pas kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >