Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Firma cetak 3D pergigian buat penyesuaian hasilkan lidi swab Covid-19

Presiden Halimah: Teknologi penghasilan 3D Structo 'bantuan hebat' semasa kekurangan kit ujian swab
Apr 14, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT tempatan Structo menunjukkan keupayaannya membuat penyesuaian apabila dengan pantas ia beralih daripada membuat dan menjual pencetak tiga dimensi (3D) bagi kegunaan pergigian kepada menggunakannya untuk menghasilkan lidi swab dalam menangani krisis Covid-19.



Pencetak 3D itu pada mulanya bertujuan menghasilkan panduan pembedahan yang boleh dikhususkan mengikut gigi setiap pesakit dalam masa sangat singkat.



Panduan pembedahan itu, yang biasanya digunakan doktor gigi untuk menggerudi implan ke dalam gigi, dihasilkan dalam masa sejam, berbanding beberapa hari sebelum ini.



Oleh itu, apabila terdapat kekurangan lidi swab nasofarinks pada April tahun lalu, Structo dengan pantas beralih kepada mereka swabnya sendiri dan bekerjasama dengan pihak berkuasa serta karyawan penjagaan kesihatan di sini.



Pembuatan swab itu bermula pada Jun lalu dan Structo telah menghasilkan 4.5 juta lidi swab dalam tiga bulan, kata Ketua Eksekutif syarikat itu, Encik Desmond Lim, kepada akhbar The Straits Times Jumaat lalu.



Beliau menambah bahawa tempoh itu juga memberi cukup masa untuk rantaian bekalan dibuka semula dan cetakan suntikan disediakan, yang merupakan teknik lebih efisien dan berjimat berbanding percetakan 3D.



Pengarah Structo, Encik Devansh Sharma, berkata salah satu cabaran utama ialah mereka bahagian hujung lidi swab.



"Secara tradisional, hujungnya dibuat daripada kapas untuk menyerap lendir, jadi kami harus meniru reka bentuk sedemikian supaya bahan plastik melakukan fungsi yang sama," katanya.



Encik Sharma menambahkan bahawa pembuatannya merupakan satu proses pembelajaran yang sukar pada awalnya memandangkan syarikat itu sedang menceburi bidang yang baru baginya.



Syarikat itu menggajikan 400 pekerja tambahan untuk memenuhi permintaan pengeluaran produk tersebut dan terpaksa menggunakan lebih banyak mesin dan akhirnya mempunyai sebanyak 37 mesin.



Presiden Halimah Yacob, yang mengunjungi makmal penyelidikan dan pembangunan Structo Jumaat lalu, berkata teknologi penghasilan 3D syarikat itu merupakan satu "bantuan hebat" semasa kekurangan kit ujian swab Covid-19.



Beliau menyatakan bahawa penghasilan 3D merupakan satu bidang yang semakin berkembang di Singapura disebabkan fleksibiliti dan kemampuannya menyesuaikan diri.



Syarikat yang ingin menceburi bidang ini juga boleh mendapat sokongan daripada Enterprise Singapura dan agensi lain pemerintah, tambah Puan Halimah.



Memandang Structo kini mempunyai mesin, keupayaan dan pekerja bagi percetakan 3D, syarikat sedang meneroka inisiatif 'Percetakan sebagai satu Perkhidmatan' yang akan menawarkan huraian yang dikhususkan kepada permintaan pelanggan.



Produk yang dihasilkan menggunakan pencetak 3D seharusnya dapat dihasilkan dalam jumlah besar, boleh dikhususkan dan bernilai tinggi, kata Encik Sharma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >