Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma pungut hutang mungkin perlu mohon lesen jalankan kegiatan

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT pemungut hutang mungkin perlu memohon lesen untuk menjalankan kegiatan pemungutan hutang dan akan dipertanggungjawabkan ke atas tingkah-laku pekerja mereka.



Rejim perlesenan ini adalah antara peruntukan utama di bawah Rang Pemungutan Hutang, yang diperkenalkan di Parlimen semalam dalam usaha menyelia kegiatan pemungutan hutang di Singapura di samping menyekat amalan bermasalah berikutan aduan yang semakin meningkat dalam masyarakat.



Sekiranya rang itu diluluskan, kegiatan memungut hutang yang tidak berlesan boleh dianggap jenayah dengan penalti yang termasuk denda dan hukuman penjara sehingga lima tahun, manakala sebuah syarikat yang melanggar syarat perlesenan, akan ditarik balik atau digantung lesen mereka.



Sesiapa yang mahu menjadi pemungut hutang untuk sebuah syarikat pemungut hutang akan juga perlu membuat permohonan bersama dengan majikan mereka dan akan menjalani pemeriksaan oleh polis.



Buat masa ini, tidak ada peraturan berhubung dengan khususnya apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pemungut hutang.



Menurut Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA), rang itu diperkenalkan sedang jumlah laporan polis yang meningkat sejak beberapa tahun ini terhadap syarikat pemungut hutang dan pemungut hutang mereka yang menyebabkan gangguan terhadap orang awam.



Sejumlah 134 laporan polis telah dibuat pada 2015 dan terus meningkat, kepada jumlah tertinggi, 590 pada 2018.



Tahun lalu, sebanyak 272 laporan dibuat terhadap syarikat-syarikat itu serta pekerja mereka.



Sementara itu, tidak lama lagi, polis boleh mengumpul DNA seperti contoh darah, air liur dan folikel rambut dari individu yang terlibat dalam skop jenayah lebih luas seperti memandu semasa mabuk dan kegiatan lucah.



Pengumpulan maklumat dari suspek yang dipertingkatkan ini adalah antara pindaan utama yang dibuat kepada Rang Pendaftaran Penjenayah (Pindaan) yang juga diperkenalkan semalam bagi menyediakan pihak berkuasa pangkalan data lebih luas untuk membandingkan sampel dari tempat kejadian jenayah.



Buat masa ini, polis hanya boleh mengumpul maklumat bukan DNA seperti gambar dan cap jari bagi jenayah serius yang boleh meninggalkan rekod jenayah bagi individu yang didakwa.



Dalam pada itu, satu lagi rang diperkenalkan ialah Rang Lembaga Pelancongan Singapura (Pindaan), yang antara lain membolehkan STB untuk mengambil alih tugas menyelia aspek ekonomi bagi pengendali terminal kapal persiaran, daripada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >