Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Firma raih untung harus bayar cukai lebih tinggi

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



CUKAI korporat harus dikira berdasarkan keuntungan sebelum cukai agar lebih banyak syarikat yang meraih keuntungan akan membayar lebih, kata Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Hazel Poa.



Ini berbanding dengan keadaan sekarang, yang mana mereka yang mempunyai keuntungan tertinggi membayar peratusan terendah daripada keuntungan mereka sebagai cukai.



Menurut Cik Poa yang menukil perangkaan Kementerian Kewangan (MOF), bagi tahun penilaian 2018 hingga 2021, syarikat yang mempunyai keuntungan sebelum cukai bernilai $200,000 hingga $10 juta, membayar secara purata 8 peratus hingga 9 peratus daripada keuntungan mereka sebagai cukai.



Tetapi mereka yang mempunyai keuntungan lebih tinggi membayar peratusan lebih rendah.



Misalnya, mereka yang meraih keuntungan bernilai $10 juta hingga $100 juta, membayar secara purata, 5.1 peratus daripada keuntungan mereka sebagai cukai.



Mereka yang mempunyai keuntungan sebanyak $100 juta hingga $1 bilion, membayar 2.8 peratus manakala syarikat yang berkeuntungan melebihi $1 bilion membayar hanya 0.9 peratus.



"Sebagai contoh, sebuah syarikat yang menikmati keuntungan $2 juta membayar hanya 9 peratus daripada keuntungannya sebagai cukai.



"Ini adalah 10 kali ganda daripada syarikat yang meraih keuntungan sebanyak $2 bilion.



"Ini tidak saksama," ujar Cik Poa.



Beliau juga tidak bersetuju dengan penjelasan MOF lebih awal bahawa kadar cukai efektif harus dikira berdasarkan peratusan pendapatan yang boleh dikenakan bayaran, dan bukan keuntungan sebelum cukai.



Keuntungan sebelum cukai dikira berdasarkan piawaian perakaunan antarabangsa.



Tetapi pendapatan yang boleh dikenakan bayaran dijejas oleh faktor seperti perbelanjaan yang boleh dicukai dan tempoh perbelanjaan modal.



Dalam erti kata lain, pendapatan yang boleh dikenakan bayaran, sudahpun menerapkan sebahagian daripada dasar dan tuntutan cukai kita," jelas Cik Poa.



Justeru, untuk melihat kesan sepenuhnya dasar cukai ke atas syarikat - bukan hanya cukai korporat, tetapi insentif, pengecualian dan tuntutan lain - "kita seharusnya membandingkan jumlah cukai dibayar dengan keuntungan sebelum cukai", menurut beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >