Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma SG mula kajian guna ujian darah bagi kesan awal pelbagai barah

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat bioteknologi Singapura telah memulakan satu kajian klinikal berskala besar bagi ujian darah yang boleh menawarkan pemeriksaan awal bagi hingga sembilan barah berbeza yang mempunyai kadar kematian tinggi.



Ujian oleh Mirxes itu menggunakan gabungan biopenanda untuk memeriksa bagi barah paru-paru, buah dada, kolorektal, hati, perut (gastrik), esofagus, ovari, pankreas dan prostat.



Biopenanda adalah komponen DNA, RNA atau protein yang boleh diukur, yang menandakan penyakit seperti barah.



Ujian itu ialah yang pertama di dunia yang menggunakan gabungan unik biopenanda pemetilan DNA dan mikro RNA yang beredar menerusi darah bagi mengesan beberapa barah.



Pengesanan awal barah genting bagi keupayaan pesakit bertakat.



Contohnya, seorang pesakit yang didiagnos dengan barah paru-paru tahap awal mempunyai lebih 80 peratus peluang hidup berbanding hanya 10 peratus bagi pesakit yang didiagnos dengan barah paru-paru tahap lewat.



Projek CADENCE akan menerima pelaburan sekurang-kurangnya $50 juta dalam masa tiga tahun, dan dijangka merekrut lebih 12,000 individu untuk kajian tersebut, kata Mirxes dalam satu kenyataan media semalam.



Kajian itu juga akan mewujudkan lebih 80 peranan baru dalam penyelidikan, pengilangan dan sains data sepanjang tiga tahun akan datang.



Kini, sejumlah alat pemeriksaan barah menggunakan biopenanda yang ditemui dalam darah yang mengesan kehadiran sel barah.



Satu contoh ialah Gastroclear, iaitu ujian darah yang boleh mengesan barah gastrik secara tepat pada tahap awal. Secara tradisional, barah gastrik didiagnos menerusi endoskopi.



Di satu majlis pengumuman semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Mirxes dan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Hospital Nasional Singapura (NUS), Hospital Besar Singapura (SGH), Konsortium Barah Translasi Singapura (STCC), Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, lapor akhbar The Straits Times.



MOU tersebut mewujudkan kerjasama awam-privet baru bagi menangani kejadian barah yang meningkat di sini dan penjimatan kos yang akan timbul daripada pengesanan awal barah.



Kajian itu dijangka merekrut lebih 12,000 individu, termasuk individu sihat yang risikonya sederhana, individu berisiko tinggi, pesakit yang keadaannya tidak berbahaya dan pesakit baru didiagnos yang belum pernah menerima rawatan barah.



Ia juga menjangka menghasilkan sejumlah besar hak harta intelek yang tercipta di kit ujian dan biopenanda barah tunggal dan berbilang.



Hak harta intelek akan dikongsi Mirxes, institut pengajian tinggi dan institusi penjagaan kesihatan awam, dan kit ujian darah yang dihasilkan akan diprototaip, dibuat dan dikomersialkan oleh Mirxes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >