Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma S'pura, pengarah disenarai hitam AS dek kaitan dengan rangkaian sokong Russia

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat Singapura dan pengarah Singapuranya telah dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kerana dikaitkan dengan rangkaian yang mengelak sekatan untuk menyokong kompleks perindustrian tentera Russia, lapor The Straits Times semalam.



Asia Trading and Construction, dan pengarahnya berusia 65 tahun, Cik Serena Ng Bee Lin, dikenal pasti sebagai telah menjual helikopter kepada pemerintah Latin Amerika yang tidak dikenal pasti bagi pihak syarikat milik Russia, Rostec.



Dalam satu kenyataan Rabu lalu, Jabatan Perbendaharaan AS berkata, syarikat Singapura itu adalah syarikat 'shell', atau syarikat tidak aktif yang digunakan bagi pelbagai gerakan kewangan, yang merupakan sebahagian rangkaian Zimenkov.



Rangkaian itu dipercayai dipimpin peniaga senjata Russia, Encik Igor Vladimirovich Zimenkov, yang menyokong peperangan Russia terhadap Ukraine.



Beliau dikatakan bekerjasama rapat dengan anak lelakinya, Encik Jonatan Zimenkov, dan pasangan itu telah terlibat dalam urusan bagi keselamatan siber Russia dan penjualan helikcopter di luar negara.



Rekod perniagaan Asia Trading and Construction menunjukkan bahawa ia telah diperbadankan di sini pada Januari 2014 dengan modal berbayar sebanyak $1.



Kegiatan utamanya disenaraikan sebagai pemborongan barangan dan pembinaan umum.



Alamat syarikat itu didaftar dengan pejabat di Peck Seah Street, dan namanya sebelum itu ialah Five Star Resort.



Cik Ng dilantik sebagai pengarah pada Jun 2016.



Sekatan terkini AS dilakukan terhadap 22 individu dan entiti merentasi pelbagai negara dan berkaitan kepada rangkaian Zimenkov.



Timbalan Setiausaha Perbendaharaan, Encik Wally Adeyemo, berkata menyasarkan proksi yang memintasi sekatannya merupakan salah satu daripada banyak langkah yang diambil untuk memperketat penguatkuasaan sekatan terhadap sektor pertahanan Russia dan penyokongnya.



"Percubaan terdesak Russia untuk menggunakan proksi bagi memintas sekatan AS menunjukkan bahawa sekatan telah membuatkan ia lebih sukar dan lebih mahal bagi kompleks tentera-perindustrian Russia untuk membekalkan semula mesin perang Putin," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >