Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma teknologi S'pura perluas pelaburan di M'sia, cipta 2,000 kerja

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT pengguna Internet terbesar Singapura, Sea Ltd, komited untuk memperluaskan pelaburan di Malaysia, lantas mencipta lebih 2,000 pekerjaan.



Demikian diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat Shopee, platform e-dagang yang dimiliki Sea, di Singapura kelmarin.



Misi pelaburan ke Singapura bagi Tengku Zafrul adalah sempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke sini semalam.



Akhbar The Star Malaysia melaporkan semalam bahawa pelan pengembangan Sea melibatkan penubuhan perkhidmatan pengawanan, pengendalian dan pemprosesan data serta gedung logistik baru bagi platform e-dagangnya, iaitu Shopee.



Menurut laporan tersebut, projek pengkomputeran awan akan terletak di kemudahan tiga tingkat yang mesra alam di Kulai, Johor.



Ia mempunyai 24 bilik dewan data (data hall suites) dan disasarkan selesai pada suku pertama 2024.



Dalam pada itu, Shopee akan memperluaskan jangkauan dan kesannya di Malaysia melalui gedung mega yang baru.



Gedung dua tingkat seluas 1.4 juta kaki persegi dan berteknologi tinggi itu terletak di Bukit Raja, Klang.



Ia juga dilengkapi dengan infrastruktur pengawanan.



Kedua-dua projek itu dijangka mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan secara langsung, laporan tersebut menukil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Miti).



The Star, menukil Miti, juga berkata Singapura merupakan pelabur kedua terbesar dalam sektor pembuatan di Malaysia dengan sejumlah 3,475 projek sedang beroperasi dengan pelaburan berjumlah RM96.36 bilion ($29.8 bilion).



Bulan lalu, Sea membekukan gaji bagi kebanyakan kakitangan dan membayar bonus lebih rendah, berikutan pemberhentian kerja yang meluas pada awal 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >