Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Flat BTO baru penuhi keperluan, bajet meluas pembeli

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



FLAT Bina Ikut Tempahan (BTO) yang dilancarkan semalam menawarkan pelbagai jenis flat yang memenuhi keperluan dan bajet yang meluas, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.



"Saya menggalak pembeli rumah supaya menimbangkan pelbagai pilihan perumahan yang ada dan memilih yang paling sesuai. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis geran perumahan yang ada dan mungkin layak dimohon di laman web HDB," tambah beliau.



Semalam, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 3,740 flat BTO di Bukit Batok, Tengah, Toa Payoh (Bidadari) dan Kallang /Whampoa.



Ini termasuk 169 unit di Harmony Village@ Bukit Batok, iaitu apartmen jagaan masyarakat yang mempakejkan perkhidmatan mandatori bagi pembeli berusia 65 tahun dan ke atas, kata HDB dalam kenyataannya semalam.



Flat BTO yang ditawarkan di Bidadari - sebahagian bandar Toa Payoh - merangkumi tiga projek, dan dua daripada projek tersebut mempunyai flat empat bilik dan lima bilik.



ParkEdge@Bidadari - projek terbesar di sana - menawarkan 476 unit empat bilik dan lima bilik.



Ia terletak bersetentangan tapak binaan di mana kompleks urus mayat Mount Vernon akan dibina dan dijangka siap pada 2025.



Flat-flat di sana dijangka siap dalam suku pertama tahun yang sama.



Projek kedua Alkaff Breeze menawarkan 353 flat empat bilik dan lima bilik dan berhampiran Sekolah Rendah Cedar dan Tasik Alkaff yang bakal di bina.



Flat-flat tersebut dijangka siap pada suku kedua 2024 - serupa dengan Harmony Village@Bukit Batok, yang paling cepat siap dalam kalangan flat-flat lain yang ditawarkan dalam pelancaran ini.



Projek BTO terakhir di Bidadari ialah Bartley GreenRise, yang terletak di sebelah Sekolah Tinggi Maris Stella dan berhampiran stesen MRT Bartley. Ia menawarkan 387 flat tiga bilik dan empat bilik.



Flat-flat itu dijual dengan harga permulaan $312,000 tanpa geran, bagi flat tiga bilik dan $464,000 bagi flat empat bilik.



Sebuah flat lima bilik dijual dengan harga permulaan $611,00, menjadikan flat-flat sedemikian yang termahal dalam pelancaran kali ini.



Sejak 2015, HDB tidak melancarkan flat BTO lima bilik di estet matang di kawasan pusat di luar estet Bidadari.



Di Kallang/Whampoa pula, 626 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik ditawarkan di McNair Heights. Ia terletak di sebelah Hospital Kwong Wai Shiu dan berhampiran stesen MRT Boon Keng.



Flat-flat di sana dijual dengan harga permulaan $359,000 bagi flat tiga bilik dan $532,000 bagi flat empat bilik.



Projek tersebut dijangka lengkap pada suku kedua 2026, menjadikannya antara dua projek yang diiringi masa menunggu untuk siap paling lama dalam pelancaran ini.



Projek terbesar yang dilancarkan kali ini ialah di West Hill@Bukit Batok, di mana 962 flat fleksi dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik ditawarkan di kawasan yang bersempadan Bukit Batok West Avenue 8 dan Bukit Batok West Avenue 5.



Flat-flat di sini dijual dengan harga permulaan $175,000 bagi flat tiga bilik dan $384,000 bagi flat lima bilik, menjadikan flat-flat di sini yang paling dimampui dalam pelancaran ini.



Namun, pembeli flat di sini perlu menanti antara paling lama bagi flat-flat ini, dengan ia dijangka siapa pada suku kedua 2026.



Di 'bandar belantara' iaitu Tengah, 767 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik ditawarkan di Parc Woods@Tengah, dengan harga permulaan $209,000 bagi flat tiga bilik dan $298,000 bagi flat empat bilik,



Permohonan bagi flat-flat ini ditutup pada Rabu depan.



HDB dijangka melancarkan lagi 3,800 flat di Bukit Merah, Geylang, Tengah dan Woodlands pada Mei ini.



Pada Ogos pula, lagi 4,903 flat dijangka ditawarkan di Queenstown, Kallang/Whampoa, Tampines, Jurong East dan Hougang.



Sebelum ini, Encik Lee berkata HDB akan melancarkan sekitar 17,000 flat tahun ini, untuk memastikan bekalan flat baru selaras dengan bilangan yang dilancarkan pada tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >