Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat HDB kekal dimampui kerana pendapatan warga SG seiring kenaikan harga flat

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



FLAT jualan semula dan baru HDB kekal boleh dimampui kerana pendapatan warga Singapura seiring dengan harga flat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Antara 2012 dan 2021, harga jualan median flat Bina Ikut Tempahan (BTO) empat bilik di estet perumahan belum matang yang dibeli keluarga Singapura pembeli kali pertama meningkat 10 peratus sebelum geran dan 1.4 peratus selepas geran.



Pendapatan pembeli flat meningkat 27 peratus dalam tempoh itu, kata beliau.



Dalam tempoh sama, harga flat jualan semula empat bilik HDB di estet belum matang yang dibeli keluarga Singapura pembeli kali pertama meningkat kira-kira 9 peratus sebelum geran dan turun 1.3 peratus selepas geran.



Pendapatan isi rumah median mereka meningkat 48 peratus dalam tempoh itu.



"Oleh itu, kedua-duanya, flat baru dan jualan semula HDB, kekal mampu dimiliki kerana pendapatan seiring dengan harga flat.



"HDB juga meningkatkan geran perumahan beberapa kali dalam tempoh sama, yang membantu mengekalkan rumah flat lebih mampu dimiliki," ujar Encik Lee.



Beliau memberi contoh pada 2012, harga median flat BTO empat bilik di estet belum matang sebelum geran perumahan ialah $306,000, sementara pendapatan median isi rumah ialah $3,700.



Pada 2021, jenis rumah serupa berharga $338,000 sebelum geran sementara pendapatan median isi rumah ialah $4,700.



"Kebanyakan pembeli flat baru atau jualan semula kali pertama di estet belum matang pada 2021 hanya perlu menggunakan kurang suku pendapatan bulanan mereka untuk membayar ansuran pinjaman mereka.



"Malah, kebanyakan mereka boleh membayar pinjaman perumahan mereka menggunakan CPF, dengan sedikit atau tiada perbelanjaan tunai perlu dilakukan," tambah Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Encik Shawn Huang (GRC Jurong).



Encik Huang juga bertanya apakah Kementerian Pembangunan Negara (MND) telah mempertimbang sebarang rancangan jangka panjang bagi memastikan kemampuan kedua-dua flat, BTO dan jualan semula HDB.



Encik Lee berkata untuk memenuhi permintaan tinggi bagi perumahan awam, kementeriannya akan meningkatkan bekalan flat BTO dan melancarkan hingga 23,000 flat setahun tahun ini dan tahun depan.



Ini peningkatan 35 peratus daripada 17,000 flat yang dilancarkan tahun lalu.



"Kami bersedia melancarkan hingga 100,000 flat secara keseluruhan dari 2021 hingga 2025, jika perlu, berdasarkan permintaan sedia ada.



"MND/HDB akan terus memantau pasaran perumahan dengan teliti, mengambil kira trend demografi dan penduduk jangka panjang bagi memastikan bekalan perumahan awam kekal mampu dimiliki, mudah diakses dan responsif kepada keperluan perumahan penduduk," tambah Encik Lee.




"Kami bersedia melancarkan hingga 100,000 flat secara keseluruhan dari 2021 hingga 2025, jika perlu, berdasarkan permintaan sedia ada. MND/HDB akan terus memantau pasaran perumahan dengan teliti, mengambil kira trend demografi dan penduduk jangka panjang bagi memastikan bekalan perumahan awam kekal mampu dimiliki, mudah diakses dan responsif kepada keperluan perumahan penduduk."



- Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara, ketika mengatakan kementeriannya akan meningkatkan bekalan flat BTO dan melancarkan hingga 23,000 flat setahun tahun ini dan tahun depan, iaitu peningkatan 35 peratus daripada 17,000 flat yang dilancarkan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >