Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

 Di mana?

Flat Plus dibina di lokasi lebih menarik

Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Projek flat jenis Plus akan terletak di lokasi yang lebih menarik seperti berhampiran dengan kemudahan dan stesen MRT. 

Ini berbanding dengan Flat Perdana yang berdekatan dengan kawasan bandar, manakala kebanyakan flat baru Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merupakan Flat Standard.

Memberikan perincian ini semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata bahawa flat jenis Plus – iaitu kategori flat baru – akan dibina di lokasi yang lebih menarik. 

Encik Lee memberi contoh projek Bayshore di Bedok, yang berdekatan dengan bandar Bedok. 

Menurutnya, Bayshore adalah lokasi yang sangat baik untuk membina rumah kerana ia amat berhampiran dengan dua stesen MRT, Bayshore and Bedok South. 

Selain itu, ia berdekatan dengan Kelab Masyarakat Siglap, sebuah pusat beli-belah yang bakal dibina, mahupun Taman East Coast. 

Kata Encik Lee, kawasan itu akan mempunyai kededua perumahan awam dan privet dan projek HDB yang akan dibina merupakan projek Plus yang akan dijual di bawah peraturan yang berbeza.

“HDB akan memberikan lebih banyak subsidi untuk flat Plus, melebihi subsidi yang diberikan untuk flat jenis Standard. 

“Ini akan menyederhanakan harga flat Plus dan menjadikan ia lebih dimampui oleh lebih ramai keluarga.

“Tetapi untuk memastikan ia skim yang adil, HDB akan mengenakan syarat-syarat penjualan lebih ketat,” ujar beliau.

Misalnya, tempoh penginapan minimum selama 10 tahun bagi memihak dengan pembeli yang mahu menetap untuk jangka masa panjang serta tidak menggalak mereka yang mahu jual beli hartanah dan berpindah secepat mungkin. 

Jelas Encik Lee, peraturan lebih ketat juga dikenakan apabila pemilik rumah mahu menjual semula flat Plus mereka pada masa depan. Ini termasuk membayar semula subsidi yang diberi ke atas harga jualan semula supaya adil kepada pembeli lain yang tidak berjaya membeli flat Plus. 

Had pendapatan juga akan dikenakan ke atas pembeli flat Plus jualan semula ini, seperti yang dikenakan bagi pembeli kali pertama. 

“Ini akan menyederhanakan harga jualan semula dan membantu mengekalkan campuran sosial lebih baik, walaupun dalam pasaran jualan semula bagi jangka panjang,” terang Encik Lee. 

Tambah beliau, sedang Singapura membina lebih banyak projek di kawasan matang, model Plus ini akan membantu memenuhi tiga matlamat negara iaitu kemampuan, campuran sosial yang seimbang dan kesaksamaan. 

“Ini akan membantu warga Singapura mencari rumah yang memenuhi keperluan, walaupun di lokasi yang baik… bukan hanya untuk anda, tetapi juga untuk anak anda,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >