Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa perubahannya?

Model Plus tawar lebih banyak subsidi tetapi peraturan lebih ketat

Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Satu sistem klasifikasi baru bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru akan diperkenalkan bagi membezakan projek BTO berdasarkan lokasi mereka. 

Mulai separuh kedua 2024, flat-flat akan digolongkan dalam tiga kategori flat, iaitu Flat Standard, Flat Plus dan Flat Perdana. 

Flat Plus merupakan kategori perumahan yang baru diperkenalkan dan terletak di lokasi lebih menarik di setiap kawasan di Singapura.

Para pembeli jenis flat ini akan menerima subsidi lebih tinggi dan dikenakan peraturan lebih ketat seperti tempoh penginapan selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum dijual semula dan pemilik perlu membayar sebahagian daripada harga jualan semula mereka. 

Flat Standard pula adalah flat biasa sekarang yang menawarkan subsidi dan peraturan standard Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), manakala Flat Perdana terletak di lokasi paling menarik dan berdekatan dengan kawasan pusat serta memberi subsidi tertinggi dan peraturan paling ketat. 

Mengumumkan demikian semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata sistem baru ini sekali gus akan menggantikan rangka kerja perumahan sekarang yang mengklasifikasikan kawasan perumahan matang dan tidak matang. 

Ia tidak menjejas projek perumahan yang sedia ada, tambahnya. 

Encik Lee berkata sejak awal 1990-an, HDB telah menggunakan rangka kerja mudah itu untuk membimbing orang awam membeli flat, iaitu membezakan flat di estet matang dan tidak matang. 

Tetapi landskap perumahan kini semakin berubah, dengan jumlah tanah besar yang belum dibangunkan untuk estet perumahan semakin berkurangan, manakala estet tidak matang hari ini bertambah membangun. 

“Justeru, perbezaan antara estet matang dan tidak matang semakin kabur. 

“Ini dicerminkan dalam permohonan bagi BTO. Ada projek lebih menarik di estet tidak matang bahkan lebih popular di estet matang. 

“Ini menunjukkan pembeli lebih bijak menilai – anda tahu bila berdepan dengan pembelian yang baik dan apa yang penting bagi anda, adalah ciri khusus projek daripada apa yang kita anggap estet matang dan tidak matang,” ujar Encik Lee. 

Ini bermakna pada masa depan, lebih banyak pembangunan BTO akan berada dalam estet atau lokasi yang matang.

“Maka itu, rangka kerja estet matang dan tidak matang tidak lagi berkesan,” terang beliau. 

Justeru, Singapura memerlukan satu rangka kerja baru yang perlu mencapai tiga matlamat penting.

Ini adalah memastikan perumahan yang dimampui oleh semua golongan pendapatan, mengekalkan campuran masyarakat di setiap kawasan serta memastikan sistem perumahan yang adil untuk semua. 

Bagi mencapai matlamat ini, Encik Lee berkata harga rumah akan terus dipastikan dimampui dan ini boleh dilakukan untuk kebanyakan projek HDB. 

Bagaimanapun, satu masalah khusus berkaitan dengan projek di lokasi lebih menarik seperti berhampiran dengan stesen MRT perlu diatasi kerana flat seperti ini mempunyai permintaan tertinggi dan pemohon terpaksa bergantung kepada nasib untuk memperolehinya. 

Encik Lee menukil contoh projek BTO terkini, Central Weave di Ang Mo Kio. Meskipun orang ramai mengadu harga jualannya terlalu tinggi, jumlah pemohon amat tinggi iaitu 17 pemohon bagi setiap flat. 

Lantaran itu, kata Encik Lee, sistem klasifikasi baru itu diperkenalkan manakala kategori Flat Plus juga diperkenalkan. 

“Rangka kerja baru Flat Standard, Plus dan Perdana akan menjadi perubahan utama dalam cara HDB menjual flat. 

“HDB akan memperkenalkan rangka kerja ini untuk semua projek baru mulai separuh kedua tahun depan. Ia tidak akan menjejas projek yang ada. Rumah anda sekarang atau rumah yang anda sudah tempah tidak akan diklasifikasikan semula,” tambah beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >