Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Dilema keluarga muda bila BTO ditangguh dan ditangguh lagi

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



DARIPADA menangguhkan rancangan memperluas keluarga sehingga celaru memikirkan peraturan persekolahan anak - itulah antara isu yang dihadapi beberapa keluarga muda dek penangguhan buat kali kedua flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang telah ditempah.



Baru-baru ini, pembeli di tiga projek BTO - Tampines GreenCourt, Clementi NorthArc dan Woodleigh Hillside - telah diberitahu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bahawa tarikh siap flat mereka telah ditangguhkan sekali lagi.



Mereka sepatutnya menerima kunci flat pada suku ketiga tahun ini, itu pun setelah ia ditangguhkan dari tarikh siap asal.



Namun, dek penangguhan sekali lagi kali ini, mereka dijangka perlu tunggu lagi tiga hingga enam bulan.



Melahirkan rasa marah dan kecewa, Cik Nurafiqah Daud, 28 tahun, yang telah memohon bagi flat BTO di Tampines GreenCourt pada November 2017, berkata beliau menerima e-mel daripada HDB pada 31 Mac lalu memberitahunya tentang penangguhan tarikh siap flatnya itu.



Dalam e-mel yang dilihat Berita Harian (BH), HDB berkata, berdasarkan anggaran terkininya, flat tersebut dijangka siap jelang suku pertama 2023 dan bukan suku keempat 2022, iaitu tambahan tiga bulan masa menunggu.



Flat di Tampines GreenCourt itu pada asalnya dijangka siap awal tahun ini.



"Kami terpaksa tangguhkan rancangan mengembangkan keluarga kerana tidak ideal untuk hamil atau mempunyai seorang bayi yang baru lahir sambil perlu uruskan kerja ubah elok atau berpindah.



"Lagipun, dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang akan meningkat tahun depan, kami perlu ketepikan lebih banyak wang bagi ubah elok dan perabot rumah.



"Meskipun hanya (peningkatan) 1 peratus, ia tetap memberi kesan," kata Cik Nurafiqah yang mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun setengah.



Selain itu, pengurus pentadbiran itu juga perlu memikirkan tentang peraturan sekolah anaknya.



"Daripada pergi ke sekolah baru pada awal tahun, dengan kelewatan ini, anak saya terpaksa berpindah sekolah pada pertengahan tahun, dan ia tidak sesuai dari segi menyesuaikan diri di sekolah baru.



"Lagipun, bergandalah kos beli seragam baru, yuran pendaftaran, selain kena biasakan diri dengan guru-guru baru dan sebagainya," kata beliau.



Turut berdepan dengan masalah serupa ialah penolong pentadbiran, Cik Nurul Nina Natasha Sabari, 28 tahun.



Beliau, yang kini menetap di bahagian barat Singapura di rumah ibunya, telah memohon bagi flat BTO di Tampines GreenCourt.



"Tampines merupakan tempat yang 'hangat' dan jarang sekali ada tempat kosong di sekolah-sekolah.



"Kami sentiasa mempersoal bilakah masa paling sesuai untuk tukar sekolah atau cari sekolah kerana prosesnya memakan masa, dan kami tidak boleh daftar sekarang kerana kami sendiri belum pasti tarikh sebenar dapat berpindah.



"Kami mahu elak daripada perlu ulang-alik antara barat dengan timur hanya untuk sekolah, lagipun, ia pasti sangat memenatkan bagi seorang anak kecil," ujar ibu seorang anak lelaki berusia dua tahun itu.



Meskipun bersyukur dapat menetap bersama ibunya buat masa ini, Cik Nina berkata adakalanya agak sukar membangunkan keluarga sendiri di rumah yang ada orang lain.



"Memang selesa bagi saya kerana saya membesar di sini, tapi penangguhan flat BTO kami juga kadangkala telah menyebabkan ketegangan dan tekanan yang tidak perlu antara saya dengan ibu saya," katanya.



Menjelaskan, beliau berkata rumah yang berselerak dengan mainan dan keperluan kanak-kanak kadang menjadi sebab pertelingkahan dengan ibunya.



"Lagi satu ialah privasi - menjaga kehidupan peribadi dengan keluarga kecil saya sendiri hampir mustahil sedang saya tinggal di bawah satu bumbung dengan ibu dan adik perempuan saya," tambah beliau.



Ditanya sama ada mereka mempunyai rancangan alternatif, misalnya membeli flat jualan semula, dek penangguhan flat BTO itu, kedua-dua Cik Nurafiqah dan Cik Nina berkata, mereka hanya akan tunggu flat mereka siap.



Sudah sekian lama mereka menunggu, apalah penantian lagi beberapa bulan, kata mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >