Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: KESAN PEMBUKAAN SEMPADAN SG-M'SIA KE ATAS PERNIAGAAN

JB rancak semula, ramai peniaga lega

Selepas dua tahun menanti, kini para peniaga di Seberang Tambak mula menarik nafas lega menyusuli pembukaan sempadan antara Singapura dengan Malaysia 1 April lalu. Apakah kesannya kepada kededua perniagaan di Seberang Tambak dan di sini dan bagaimana pula rakyat Singapura manfaatkan pembukaan tersebut? BERITA HARIAN melaporkan.
Jun 11, 2022 | 05:30 AM



DI JOHOR BAHRU



KEDAI dan perkhidmatan di sekitar Johor Bahru (JB) yang biasa dilanggani warga Singapura sedang menyaksikan perniagaan yang terus rancak sempena cuti sekolah pertengahan tahun ini.



Malah restoran, tempat mencuci kereta, pengurup, bengkel kenderaan, dan kedai runcit kini melihat peningkatan sehingga 85 peratus sejak sempadan darat kededua negara dibuka pada 1 April lalu.



Rata-rata banyak peniaga yang ditemui wartawan agak berpuas hati dengan pembukaan sempadan antara kededua negara.



Jika ada perniagaan yang terpaksa 'gulung tikar' sepanjang dua tahun lalu, kini sejak pengumuman pembukaan sempadan dibuka sesetengah peniaga di JB mula ambil peluang membuka semula perniagaan mereka.



Malah kebanyakan peniaga di sana yakin perniagaan akan bertambah baik semasa cuti sekolah pertengahan tahun yang sedang berlangsung kini - serta cuti hujung tahun kelak.



Ini dinyatakan beberapa pemilik dan kakitangan perniagaan yang ditemui Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Pengurus Projek di SDS Group Berhad, Encik Gerald Chan, menganggarkan perniagaan naik sehingga seganda sejak bulan lalu.



Syarikat kek dan roti itu mempunyai 33 cawangan di serata Malaysia.



Cawangannya di JB kata Encik Chan menarik warga Singapura juga - yang membentuk sehingga 70 peratus daripada keseluruhan pelanggannya.



"Memang semasa sempadan ditutup kami amat terjejas juga. Ini kerana ramai daripada pelanggan kami adalah warga Singapura yang gemar ke mari, duduk bersembang sambil menikmati secawan dua kopi atau teh.



"Jadi apabila berita pembukaan sempadan diumumkan, kami pun buat perancangan untuk menerima kembali pelanggan dari Singapura," katanya.



Beliau berkata kebanyakan pelanggan Singapura yang datang ke cawangan-cawangan syarikat itu merupakan mereka yang berkeluarga pada masa ini.



"Saya diberitahu sekarang musim cuti sekolah. Sebab itu kami lihat ramai yang datang secara berkeluarga - memandangkan ruang makan kami selesa dan berhawa dingin," ujarnya.



Menurutnya pihaknya kini sedang bersiap sedia untuk meluaskan lagi sayap sehingga ke Kajang Selangor.



Selain menjual roti, syarikat itu juga menjual kek - dan pelanggan berpeluang bersantai sambil menikmati produk makanan yang dijual termasuk minuman.



Kunjungan wartawan ke Seberang Tambak pagi Isnin lalu menyaksikan banyak kenderaan milik warga Singapura yang merentas masuk ke JB.



Kenderaan sewa yang dinaiki wartawan terpaksa beratur sehingga sejam di Koswe sebelum melepasi imigresen Malaysia.



Antara kegiatan yang biasa dilakukan ramai keluarga warga Singapura semasa di JB, sempena cuti sekolah pertengahan tahun adalah bercuti atau sekadar berjalan-jalabn sambil membeli-belah dan menikmati sajian Seberang Tambak.



Kebetulan Isnin lalu merupakan cuti umum di Malaysia.



Justeru kebanyakan kedai makan dan beberapa pasar raya yang biasa dikunjungi warga Singapura dibanjiri penduduk setempat juga.



Baru-baru ini, dilaporkan sekitar 262,000 pelawat telah melintasi pusat pemeriksaan darat antara 3 dengan 5 Jun, yang kebetulan merupakan permulaan cuti sekolah Jun.



Ia merupakan jumlah tertinggi sejak pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula pada 1 April, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada 8 Jun lalu.



Ia mengatakan bahawa trafik sesak dijangka berterusan sepanjang Jun sehingga penggal sekolah bermula pada 27 Jun 2022.



Sementara itu, kakitangan di firma pengurup JB Central Trading Sdn Bhd, Encik Azman Mathin, 32 tahun, berkata sejak sebulan lalu, warga Singapura membentuk "sebahagian besar" pelanggan di cawangan firma itu.



Beliau berkata kebanyakan warga Singapura biasanya hadir pada setiap hujung minggu dengan rata-rata kebanyakan mereka menukar sehingga $500 (RM1,596.80) untuk membeli mata wang Ringgit Malaysia (RM).



"Memang setiap hujung minggu ada sahaja warga Singapura datang ke mari menukar dan membeli Ringgit.



"Nilai yang ditukar sehingga $500. Ini kerana nilai mata wang sedolar Singapura kini mencecah sekitar RM3.18. Oleh itu mereka ambil kesempatan untuk membeli Ringgit pada masa ini," ujarnya.



Beliau akur suasana perniagaan "agak lesu" semasa sempadan ditutup akibat pandemik Covid-19.



Pada masa yang sama perniagaan juga bertambah bagi kedai runcit milik Cik Sin Mian yang terletak dekat Perling.



Ibu lima anak berusia 59 tahun itu yang telah menjalankan perniagaan runcit kecil selama 20 tahun berkata hampir separuh daripada pelanggannya kini merupakan warga Singapura yang membeli kudapan dan minuman atau keperluan lain seperti plaster pembalut luka.



"Kebetulan kedai saya ini sebelah pengurup, jadi selepas tukar mata wang Ringgit, mereka ke mari untuk beli barang di kedai saya.



"Kini saya rasa dapat 'bernafas' sedikit sejak sempadan dibuka," jelasnya tersenyum.



Bagi pemandu Singapura, bengkel-bengkel kenderaan ternyata menjadi tumpuan mereka sejurus sempadan dibuka.



Ini dapat dilihat menerusi kunjungan wartawan ke kawasan Taman Bukit Indah di mana banyak kenderaan Singapura yang sedang disenggara.



Kawasan tersebut memang terkenal kerana khidmat membaiki kenderaan dan popular dalam kalangan pemandu Singapura.



Salah seorang kakitangan Mincent Car Auto Service Enterprise di Jalan Indah, Taman Bukit Indah, yang hanya ingin dikenali sebagai 'Ah Chong', berkata perniagaannya meningkat sehingga 40 peratus sejak sempadan dibuka - rata-rata dipacu kehadiran pelanggan dari Singapura.



"Semasa tempoh sempadan ditutup selama dua tahun, memang kami terjejas teruk. Bukan sahaja warga Singapura yang tidak masuk, malah penduduk setempat juga kurang melanggani bengkel kami. Sebabnya ramai yang dibuang kerja dan ada yang tiada kenderaan.



"Ada pula simpan kenderaan dan enggan buat penyenggaraan buat seketika," jelasnya.



Bagi pemilik sebuah kedai mencuci kereta yang terletak berdekatan imigresen Johor, Encik Nagaen, 33 tahun, pihaknya menyaksikan sekitar 60 hingga 70 peratus pertambahan pelanggan - rata-rata merupakan pemandu kenderaan Singapura.



"Sepanjang pandemik selama dua tahun lamanya, kami tutup kedai ini kerana terjejas teruk.



"Tapi bila pengumuman sempadan akan dibuka, saya ambil kesempatan untuk membukanya semula.



"Jelas ia langkah positif, kerana perniagaan kami bertambah rancak selepas kami buka semula kedai," ujarnya yang sebelum ini menjalankan perniagaan itu selama lapan tahun sebelum ditutup dua tahun.




Jadi tumpuan



Berikut antara yang menjadi tumpuan warga Singapura yang ke Seberang Tambak.



  • Makanan dan minuman (F&B).

  • Tempat mencuci kenderaan.

  • Pengurup.

  • Bengkel kenderaan.

  • Kedai runcit.

  • Pasar raya untuk barangan kering.

  • Pasar untuk keperluan dapur.

  • Hotel.

  • Tempat tarikan pelancong.

  • Kedai gunting.

  • Pusat mengurut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >