Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Formula unik kepelbagaian budaya di S’pura: Edwin Tong

Jul 15, 2023 | 07:38 PM



Penghayatan pelbagai budaya di Singapura adalah formula yang unik dan berbeza berbanding negara lain.

Ini kerana daripada “membuat orang ramai tampil bersatu menjadi sama”, sifat memahami berbilang budaya di sini dibentuk oleh perbezaan dan kepelbagaian warganya, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Encik Tong berkata demikian semasa berucap kepada kira-kira 200 belia, relawan, pemimpin pemikir dan rakan kerja masyarakat yang menghadiri acara INConversation 2023 di Pusat Pameran dan Persidangan Suntec Singapura pada Sabtu. 

Acara anjuran Persatuan Rakyat (PA) itu menampilkan dialog yang menggunakan wadah forum teater untuk membincangkan tentang diskriminasi dan berat sebelah terhadap kaum.

Ia diadakan sempena Hari Keharmonian Kaum pada Julai.

Encik Tong, yang juga merupakan timbalan pengerusi PA, berkata:

“Kita mempunyai gabungan yang unik, formula yang unik untuk faham pelbagai budaya… Memahami pelbagai budaya kita bukan seperti di tempat lain. Kita tidak membuat anda tampil bersama untuk menjadi sama. Kita bukanlah sama. Kita dibentuk berdasarkan perbezaan dan kepelbagaian.”

Beliau juga menekankan bahawa sifat memahami pelbagai budaya dibentuk oleh interaksi seharian seperti di tempat kerja dan rekreasi serta sekolah.

“Ia bukan tentang dasar, institusi atau apa yang hanya dikatakan dalam dialog. Ia tentang apa yang kita lakukan setiap hari,” tambah Encik Tong.

Dialog INConversation, yang kali pertama diadakan pada 2022, kembali tahun ini dengan tema ‘Mengatasi Kepelbagaian Budaya di Singapura yang Semakin Rencam’.

Edisi kali ini mengadakan dialog berkonsepkan forum teater – yang menggalak interaksi penonton dan meneroka pilihan yang berbeza untuk menangani masalah atau isu.

Antara isu perkauman yang dikupas termasuk keperluan diet kaum yang berbeza dan perkahwinan antara kaum. 

Dialog itu dipimpin oleh moderator dan pengarah eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid, dengan panel yang diundang ialah Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan bersama duta keamanan Roses of Peace, Cik Haziqah Shariman; pempengaruh, Cik Wendy Mary Zeline; dan relawan akar umbi Chong Pang, Cik Cynthia Mohan.

Salah seorang peserta dalam dialog pada Sabtu ialah Encik Haikal Afiq, 24 tahun.

“Saya fikir apa yang berkesan pada dialog hari ini adalah forum teater yang membolehkan kita membayangkan situasinya dengan lebih nyata. Sebelum ini, dialog sering kali melibatkan perbincangan dan perbualan saja,” kata mahasiswa sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang itu.

Selain dialog, satu persembahan yang dipanggil “Tarian Harmoni” turut memeriahkan acara. 

Tarian itu terdiri daripada bengkel tarian selama 10 minggu, di mana peserta mempelajari tarian pelbagai etnik yang dikendalikan pereka tari Cina, Melayu dan India. 

Usaha itu diilhamkan oleh Cik Sherine Teo, yang menghadiri dialog INConversation 2022.

Pada Julai, lebih 30 acara masyarakat berkaitan keharmonian kaum dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan akar umbi dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >