Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gading gajah, sisik tenggiling bernilai lebih $66 juta dirampas di Singapura

Jul 23, 2019 | 04:01 PM



REKOD 8.8 tan gading gajah dirampas dari tiga kontena malam Ahad lalu (21 Julai) dalam apa yang dipercayai sebagai rampasan terbesar di dunia kebelakangan ini.



Gading tersebut dianggarkan berasal dari sekitar 300 gajah Afrika.



Di samping gading gajah itu, 11.9 tan sisik tenggiling turut dirampas dalam operasi tersebut.



Ini merupakan penghantaran ketiga yang akan dicegat tahun ini, kata Lembaga Taman Negara (NParks), Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama.



Kontena itu yang berasal dari Republik Demokratik Congo menuju Vietnam, diisytiharkan sebagai mengandungi kayu tetapi didapati mengandungi sisik tenggiling yang bernilai sekitar $48.6 juta.



Ini di samping gading gajah yang dipercayai bernilai $17.6 juta, menurut laporan The Straits Times.



Sementara itu, NParks berkata siasatan sedang berlangsung, seraya menambah bahawa sisik tenggiling dan gading gajah yang dirampas akan dimusnahkan untuk mencegah daripada  memasuki semula pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >