Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gadis 18 tahun disyaki terlibat dalam gangguan tailong diberkas

Aug 20, 2022 | 03:26 PM



SEORANG gadis 18 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes gangguan tailong.





Dalam kenyataan yang hari ini (20 Ogos), polis berkata pihaknya telah dimaklumkan pada 15 Ogos lalu tentang satu kes gangguan tailong di mana sebuah unit di Tampines Street 83 telah disimbah pencair (thinner) dan nota pemiutang diletakkan di lantainya.







Melalui siasatan dan dengan bantuan rakaman kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Bedok telah mengenal pasti identiti wanita itu dan memberkasnya pada 17 Ogos lalu.





Satu telefon bimbit juga telah dirampas sebagai bahan bukti.





Wanita itu dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Jika disabit kesalahan di bawah Akta Peminjam Wang 2008, pesalah kali pertama gangguan tailong boleh didenda antara $5,000 dengan $50,000 dan dipenjara sehingga lima tahun serta disebat sehingga enam kali.





“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap aktiviti gangguan tailong.





“Mereka yang dengan sengaja merosakkan harta benda, menimbulkan kegusaran atau mengganggu keselamatan dan keamanan awam akan ditangkap dan dikenakan tindakan berat mengikut undang-undang,” kata polis dalam kenyataannya.




Orang ramai boleh menghubungi Polis di talian 999 atau hotline X-Ah Long (1800-924-5664) jika mereka mengesyaki atau mengenali sesiapa yang mungkin terlibat dalam aktiviti tailong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >