Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gagal tarik bidaan, ejen pengurusan Majlis Bandaran Sengkang lepaskan tender

May 20, 2022 | 05:30 AM



EJEN pengurusan sedia ada Majlis Bandaran Sengkang (SKTC), EM Services, semalam berkata ia tidak meletakkan bidaan untuk meneruskan peranannya selepas kontraknya tamat tahun depan, disebabkan oleh masalah tenaga kerja.



Ketua pegawai eksekutif EM Services, Encik Tony Khoo, ketika menjawab pertanyaan The Straits Times melalui e-mel berkata:



"Seperti yang anda sedia maklum, mengurus bandar memerlukan ramai orang.



"Memandangkan pasaran buruh sangat ketat hari ini, tidak mudah untuk mencari orang yang sesuai yang mempunyai set kemahiran yang relevan. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk melepaskan tender ini."



Selasa lalu, SKTC yang dikendalikan Parti Pekerja (WP) - yang berada di bawah Anggota Parlimen Cik He Ting Ru, Encik Louis Chua dan Profesor Madya Jamus Lim - berkata ia akan menguruskan secara langsung seluruh bandar itu mulai tahun depan selepas tender selama tiga minggu pada April lalu bagi ejen pengurusan gagal menarik sebarang bidaan.



Berita itu telah mencetuskan semula perdebatan di kalangan sesetengah pihak tentang halangan yang dihadapi majlis bandaran yang dikendalikan pembangkang.



Ditanya mengenai tanggapan bahawa syarikat pengurusan kemudahan memilih untuk tidak bekerja bagi majlis bandaran yang dikendalikan pembangkang dan pengalaman EM Services menguruskan SKTC, Encik Khoo enggan mengulas.



Beliau berkata seperti mana-mana tender ejen pengurusan lain, faktor yang dipertimbangkan sebelum membuat bidaan termasuk "harga, tenaga kerja, tempoh, teknologi", antara lain.



Ditubuhkan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum pada 2020, GRC Sengkang terdiri daripada empat kawasan undi.



Sebelum pilihan raya diadakan, divisyen Buangkok, Compassvale dan Rivervale - di bawah GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Punggol East - diuruskan oleh EM Services, di bawah Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol.



Manakala divisyen Anchorvale - di bawah SMC Punggol West sebelum itu - diuruskan oleh CPG Facilities, di bawah Majlis Bandaran Ang Mo Kio.



Menurut laman web EM services, iaitu satu usaha sama antara Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Keppel Land Limited - ia menguruskan 10 daripada 17 majlis bandaran di negara ini.



10 majlis bandaran itu terdiri daripada Sengkang, Sembawang, Marsiling-Yew Tee, Tampines, Pasir Ris-Punggol, East Coast, Jalan Besar, Tanjong Pagar, Holland-Bukit Panjang dan West Coast.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >