Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Gaji asas pekerja industri urus sisa dijangka naik sekitar 6-8%

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MODEL GAJI PROGRESIF BAGI PEKERJA INDUSTRI PENGURUSAN SISA

Gaji asas pekerja industri urus sisa dijangka naik sekitar 6-8%

Jan 25, 2022 | 05:30 AM

GAJI asas bagi pekerja industri pengurusan sisa akan menyaksikan kenaikan tahunan yang ditetapkan untuk semua tangga kerja dari 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2029 di bawah Model Gaji Progresif (PWM).

Gaji asas itu akan dinaikkan sebanyak 6 hingga 8 peratus dalam kadar pertumbuhan terhimpun tahunan (CAGR), bergantung pada peranan kerja yang dilakukan, dengan kenaikan sekitar 50 peratus secara kumulatif bagi tangga kerja yang terendah.

Contohnya, gaji asas bulanan seorang pekerja kru dalam sektor pengumpulan sisa adalah $2,210 apabila PWM bagi industri itu dilaksanakan pada Julai 2023.

Gaji tersebut kemudian akan dinaikkan kepada $2,420 pada 2024, $2,630 pada 2025, $2,840 pada 2026, $3,050 pada 2027, dan $3,260 pada 2028.

Ini merupakan CAGR sebanyak 8.1 peratus, atau kenaikan gaji 48 peratus secara kumulatif, dalam tempoh enam tahun itu.

Menjelang 2028, seorang pemandu kanan dalam sektor pengumpulan sisa pula akan membawa pulang gaji asas $3,960 sebulan daripada $2,910 pada 2023.

Manakala seorang penyelia pula akan meraih gaji $3,910 sebulan pada 2028, daripada $2,860 pada 2023.

Kenaikan gaji itu merupakan antara saranan yang dikemukakan Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Pengurusan Sisa (TCWM) dalam laporan mereka semalam untuk memperkenalkan PWM bagi industri tersebut.

Saranan laporan itu, yang menjelaskan laluan kemajuan kerjaya dengan tangga gaji dan kemahiran bagi sektor pengumpulan sisa dan pemulihan bahan dalam industri itu, telah diterima pemerintah semalam.

Selain kenaikan gaji tahunan ditetapkan, kelompok itu turut menyarankan agar bonus mandatori berjumlah sekurang-kurangnya satu bulan gaji asas pekerja diberikan setiap tahun kepada mereka yang layak mulai Januari 2024.

Di samping itu, keperluan latihan pekerja juga akan dipertingkatkan demi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang mencukupi untuk melakukan tugas dan bersedia bagi kerja dengan nilai lebih tinggi sedang industri menjalani transformasi.

Pengerusi TCWM, Encik Fahmi Aliman, ketika ditemui media berkata saranan tersebut akan membantu pekerja bukan dari segi gaji bulanan sahaja, tetapi juga kemahiran mereka.

"Yang penting, dengan gaji bulanan mereka yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang sehingga 2029, dan dengan kemahiran yang mereka akan perolehi, mereka akan lebih teguh untuk terus bekerja.

"Saya melahirkan harapan semoga rakyat kita menghargai mereka kerana semasa pandemik ini, merekalah yang selalu keluar bekerja untuk membantu kita membersihkan bukan saja tempat biasa, tetapi membuang sampah dan sebagainya," kata beliau, yang juga pengarah sekretariat divisyen operasi dan mobilisasi di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Di bawah tangga kemahiran PWM itu, pekerja akan perlu mengikuti jumlah modul latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) minimum di setiap peringkat kerja untuk mara dalam kerjaya dan meraih gaji lebih tinggi.

Contohnya, seorang pekerja kru dalam sektor pengumpulan sisa perlu mengikuti sekurang-kurangnya tiga modul WSQ untuk naik pangkat kepada pekerja kru kanan.

Dalam satu sidang media semalam, Encik Fahmi berkata beliau berharap pemerintah dapat memberikan bantuan gaji peralihan kepada majikan untuk sekurang-kurangnya beberapa tahun pertama PWM bagi industri pengurusan sisa itu dilaksanakan sedang ekonomi negara ini melalui pemulihan.

Ditanya jika pelaksanaan PWM itu akan meningkatkan kos bagi pengguna, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata tidak semua perubahan dalam kos perniagaan bererti harganya akan menjadi lebih tinggi bagi pengguna.

Namun, beliau menambah pemerintah akan membantu perniagaan terutamanya semasa waktu pemulihan ini, dengan pengumuman mengenai bantuan peralihan akan diumumkan semasa Belanjawan bulan depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3