Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi bagi pegawai keselamatan mulai 2023

Saranan di bawah Model Gaji Progresif dijangka manfaatkan 40,000 pegawai
Nov 13, 2021 | 05:30 AM



PARA pegawai keselamatan di semua peringkat akan menikmati gaji asas lebih tinggi setiap tahun mulai 2023 hingga 2028.



Ini selepas saranan kenaikan gaji itu, yang dikemukakan Kelompok Tiga Pihak bagi Keselamatan (STC) untuk mempertingkat tangga gaji dan kebajikan pegawai keselamatan di bawah Model Gaji Progresif (PWM), diterima pemerintah semalam.



Gaji asas mereka akan naik 3 peratus tahun depan berdasarkan saranan dikemukakan pada 2017 sebelum kenaikan besar dalam gaji bulanan pada tahun berikutnya serta peningkatan kuantum tetap setiap tahun dari 2024 hingga 2028.



Ini akan memberi manfaat kepada sekitar 40,000 pegawai keselamatan yang digajikan 265 agensi keselamatan hari ini.



Contohnya, gaji asas bulanan seorang pegawai keselamatan di tahap terendah adalah $1,400 ketika ini, dan akan dinaikkan setiap tahun mencapai $1,650 pada 2023 dan $3,530 pada 2028.



Ini bermakna gaji kasar bulanan pegawai keselamatan, yang merangkumi bayaran kerja lembur, akan naik lebih 50 peratus dari tahun depan hingga 2028.



Bagi pangkat tertinggi penyelia keselamatan kanan, gaji asas sebanyak $1,985 sebulan kini akan meningkat kepada $2,240 pada 2023 dan $4,430 pada 2028.



Secara keseluruhannya, gaji kasar bulanan bagi semua pangkat akan naik pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun purata 6.6 peratus dari 2022 hingga 2028.



Ini adalah dua kali lebih tinggi berbanding kenaikan tahunan minimum 3 peratus yang diumumkan pada November 2017 di bawah satu kumpulan saranan sebelum ini.



Pengerusi STC, Encik Zainal Sapari, berkata oleh sebab industri keselamatan merupakan sebuah industri di mana perkhidmatan didapatkan dari industri pemerolehan luar, kenaikan gaji dijadualkan sepanjang enam tahun itu akan memberikan agensi keselamatan kepastian tentang apakah gaji yang wajib dibayar kepada pegawai keselamatan. Ini agar mereka dapat membida bagi kontrak mengikut budi bicara.



"Begitu juga bagi pihak pembeli perkhidmatan, kami juga mahu memberikan mesej kepada mereka bahawa gaji pegawai keselamatan akan terus meningkat. Jika mereka terus bergantung pada jumlah tenaga kerja, kos tender keselamatan tentu akan naik.



"Namun, jika mereka bersedia bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk meneliti penggunaan teknologi, akan terdapat ruang bagi mereka mengurangkan kenaikan kos ini," kata beliau, yang juga penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Antara saranan lain termasuk merangkumkan gaji dibayar bagi kerja dilakukan di samping waktu bekerja tetap 44 jam seminggu ke dalam gaji asas PWM mulai 2024.



STC turut menyarankan waktu kerja lembur dihadkan kepada 72 jam sebulan di samping waktu bekerja 44 jam seminggu.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata pemerintah mengalu-alukan dan menerima saranan yang diusulkan itu.



"Ia sebuah kumpulan saranan menyeluruh yang menyediakan gaji mampan, keupayaan untuk mempertingkat standard industri dan pada masa yang sama, mempertingkat keadaan bekerja," kata beliau.




GAJI MAMPAN; TINGKAT STANDARD INDUSTRI

"Ia sebuah kumpulan saranan menyeluruh yang menyediakan gaji mampan, keupayaan untuk mempertingkat standard industri dan pada masa yang sama, mempertingkat keadaan bekerja."

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




SEKILAS SARANAN



  • Gaji asas pegawai keselamatan di semua pangkat akan naik setiap tahun dari 2023 hingga 2028. Misalnya, gaji asas seorang pegawai keselamatan akan naik lebih seganda daripada $1,650 pada 2023 kepada $3,530 pada 2028. Gaji asas penyelia keselamatan kanan pula akan naik daripada $2,240 kepada $4,430 dalam tempoh yang sama.

  • Mulai 2024, gaji asas PWM bagi pegawai keselamatan harus rangkumi gaji dibayar bagi kerja dilakukan di samping waktu kerja 44 jam seminggu. Ini demi beri jaminan kepada pegawai terdapat pertumbuhan gaji yang mampan tanpa perlu melakukan kerja lebih masa bagi gaji kasar lebih tinggi.

  • Had maksimum 72 jam sebulan dalam waktu tambahan ditetapkan di atas waktu kerja 44 jam seminggu.


Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >