Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi untuk guru sekolah pendidikan khas

Nov 03, 2023 | 05:18 PM



Guru di sekolah Pendidikan Khas (Sped) boleh menjangkakan gaji lebih tinggi, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.

Menurut beliau, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada sekolah Sped untuk menaikkan gaji guru sebagai sebahagian usaha Kementerian Pendidikan (MOE) bagi menarik dan mengekalkan bakat dalam sektor tersebut.

Butiran lanjut mengenai kenaikan gaji itu akan diumumkan pada awal 2024, menurut satu laporan The Straits Times.


Mulai 2024, kakitangan dan pemimpin utama di sekolah Sped juga boleh menjangkakan lebih banyak laluan bagi pembangunan profesional, seperti peluang meningkatkan kemahiran guru dalam membimbing para pelajar yang berlainan upaya.

Bilangan guru pendidikan khas kini seramai 1,760 dan sektor itu memerlukan lagi 350 guru menjelang 2030, dengan bertambahnya bilangan sekolah Sped, kata Dr Maliki.

Bercakap di Pesta Pembelajaran Pendidikan Khas (Sped) 2023 di Politeknik Republik, Dr Maliki berkata beliau menyedari usaha merekrut guru pendidikan khas bukanlah sesuatu yang mudah.

Beliau menambah bahawa akan ada permintaan bagi guru yang cekap dalam persekitaran berlainan, seperti pusat yang menyediakan Program Intervensi Awal untuk Bayi dan Kanak-Kanak, prasekolah dan malah sekolah arus perdana, bagi menyokong para pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan khas.

Dalam usaha mengikuti rentak (kenaikan gaji) daripada sektor lain yang bersaing, Dr Maliki berkata MOE telah menyemak garis panduan gaji bagi guru dan pembantu guru.

Menurutnya, garis panduan yang dipertingkat itu akan dimanfaatkan dalam perubahan gaji guru.

“Saya yakin pihak sekolah akan mengikuti garis panduan ini dengan teliti untuk manfaat semua guru,” ujar beliau.

Menurut laman MOE, pada masa ini, guru di sekolah Sped meraih gaji permulaan antara $2,620 hingga $3,120 sebulan.

Jumlah gaji tepat bergantung pada faktor seperti latihan akademik dan pengalaman guru.

Seorang pakar terapi pertuturan dan bahasa di Sekolah Autisme St Andrew’s (SAAS), Encik Caleb Lai, 32 tahun, berkata gaji yang lebih tinggi “benar-benar bermanfaat” untuk industri itu.

“Kami memerlukan bilangan pendidik yang lebih berkualiti dan lebih ramai. Ini adalah industri yang semakin berkembang dan kami memerlukan individu yang sesuai untuk melakukan perkara yang betul di sekolah kami,” jelas beiiau.

Dua lagi sukatan pelajaran baru – Komunikasi dan Bahasa, dan Pembelajaran Sosio-Emosi turut dilancarkan pada Jumaat.

Ia bertujuan menyokong pelajar berkeperluan khas dengan lebih baik untuk membangun kemahiran dalam meniti kehidupan selepas sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >