Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji median pekerja di Asia Tenggara dijangka naik hampir 8% tahun depan: Kajian

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



GAJI di negara Asia Tenggara dijangka meningkat tahun depan, dengan kenaikan gaji median diramalkan naik hampir 8 peratus.



Pekerja di Singapura dijangka akan menikmati kenaikan gaji sekitar 4.7 peratus manakala pekerja di negara Asia Tenggara lain dijangka menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi, menurut satu kajian yang dijalankan oleh syarikat perkhidmatan kewangan Aon.



Kajian itu mendapati Vietnam dijangka mendahului rantau ini, dengan kenaikan gaji median sebanyak 7.9 peratus merentas semua industri tahun depan.



Aon meramalkan Indonesia dan Filipina akan menyaksikan kenaikan masing-masing sebanyak 6.8 peratus dan 6 peratus.



Malaysia dan Thailand diramalkan mengalami kenaikan gaji median sebanyak 5.1 peratus. Sementara itu, Singapura diramalkan mencatat kenaikan terendah di rantau ini pada 4.7 peratus.



Selain inflasi, tawaran dan permintaan dalam pasaran bakat Asean akan memacu kenaikan gaji, kata Aon semalam.



Kadar berhenti kerja yang tinggi di seluruh Asean memberi tekanan kepada firma untuk menggunakan gaji bagi menangani cabaran pengambilan dan pengekalan, tambah Aon.



Kajian itu juga mendapati bahawa kenaikan gaji tahun ini berbeza-beza merentas industri dalam rantau ini.



Sektor runcit mencatat kenaikan gaji tertinggi pada 6.5 peratus, dengan sektor teknologi dan sains hayat mengikuti di belakang pada 6.1 peratus, dan institusi kewangan pada 5.9 peratus.



Kekurangan kemahiran digital dan teknologi yang berterusan di seluruh Asia Tenggara telah menyebabkan kenaikan gaji dan jumlah pampasan yang lebih tinggi untuk peranan teknologi dan analisis data.



Ini berlaku sedang syarikat bersaing untuk mendorong inisiatif dan transformasi digital, kata Aon.



Bagaimanapun, dengan laporan baru-baru ini mengenai potensi kelembapan ekonomi global, firma sedang mengambil pendekatan berhati-hati dan memberi tumpuan pada kenaikan gaji untuk kumpulan atau tahap pekerja terpilih sedang mereka mengharungi persekitaran yang tidak menentu.



Rakan kongsi dan ketua huraian modal manusia untuk Aon di Asia Tenggara, Encik Rahul Chawla, berkata syarikat yang menerima pakai program pampasan berasaskan kemahiran akan memastikan mereka membina kemahiran masa depan untuk tenaga kerja pertubuhan mereka.



Perunding kanan huraian modal manusia insan Aon Asia Tenggara, Cik Alina Cheng, pula berkata bahawa peranan pemerolehan bakat, pematuhan dan risiko sedang mendapat permintaan di tengah-tengah peningkatan fintech, atau teknologi kewangan, dan bank digital di rantau ini.



Sedang syarikat membayar premium untuk menarik bakat baru di peringkat pengurusan rendah dan pertengahan untuk peranan ini, struktur pampasan telah beralih kepada fokus pada gaji dan kurang pada struktur gaji berisiko atau gaji pembolehubah.



Kajian itu, yang dijalankan pada suku ketiga tahun ini, meninjau sekitar 700 syarikat di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam mengenai jangkaan perubahan gaji dan kadar pusing ganti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >