Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN

Gaji pekerja sektor khidmat sosial perlu naik bagi kekal, tarik bakat

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



MENAIKKAN gaji tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan sosial adalah satu langkah yang diperlukan demi pastikan bakat terus dikekalkan dan menarik bakat baru.



Melebihi itu, usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja juga akan dijalankan dalam bidang seperti teknologi dan pengurusan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan kenaikan gaji bagi sektor itu antara 4 peratus dengan 15 peratus di bawah Garis Panduan Gaji Sektor NCSS.



Bercakap mengenai usaha terkini Singapura untuk merangsang sektor perkhidmatan sosial, Encik Masagos berkata tenaga kerja dalam sektor itu amat dihargai kerana sumbangan dan khidmat mereka kepada golongan yang memerlukan di negara ini.



Lantaran itu, usaha harus dipergiatkan untuk memastikan bakat dalam sektor itu dapat terus dikekalkan, menurut beliau.



"Kita perlu menarik bakat yang terlatih dan terus berkhidmat dalam sektor tersebut.



"Antara usaha ialah dengan memadankan padankan gaji mereka agar mereka tidak undur diri dan terus menarik bakat baru dalam sektor," jelas Encik Masagos.



Dengan langkah penyesuaian gaji itu, beliau melahirkan harapan agar matlamat itu akan tercapai.



"Jika ini tidak dilakukan, pastinya sektor perkhidmatan sosial itu akan kehilangan pakar yang sudah dilatih, dan saya berharap tahap gaji dinaikkan dan pemerintah akan menokok tambah dana itu untuk membolehkannya."



Pada masa sama, Encik Masagos menekankan bahawa dalam merangsang dan menyegarkan sektor itu, selain daripada gaji yang menjadi faktor dipertimbangkan, adalah usaha meningkatkan latihan tenaga kerja.



Dalam hal ini, usaha akan ditumpukan kepada meningkatkan kebolehan tenaga kerja sektor itu dalam bidang seperti pengurusan dan penggunaan teknologi, menurut beliau.



Ini juga akan memerlukan usaha melibatkan institusi-institusi pengajian tinggi dalam menghasilkan dan membangunkan ilmu dan konteks yang sesuai dengan Singapura.



"Kami berharap dengan usaha ini akan meningkatkan lagi sektor sosial dan kami berharap ia akan menimbulkan satu negara yang memastikan setiap yang lahir akan melihat masa depan yang cerah dalam apa sahaja keadaan mereka dilahirkan," ujar Encik Masagos.



Menyentuh tentang usaha membantu golongan keluarga yang mempunyai anak kecil di flat-flat sewa, Encik Masagos berkata keutamaannya sekarang ialah membantu mereka menjamin pekerjaan yang baik yang membolehkan mereka memiliki rumah mereka di samping memastikan anak-anak mereka menghadiri sekolah.



Pada akhirnya, matlamatnya ialah untuk memastikan golongan tersebut dapat berdikari, mencapai kestabilan dan mobiliti sosial.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai hal ini, Encik Masagos berkata usaha akan digiatkan untuk memberi tumpuan kepada keluarga yang menetap di rumah sewa dan mempunyai anak-anak di bawah usia 18 tahun dan memenuhi keperluan mereka.



"Apakah kepentingan golongan ini?



"Pertama, ialah untuk pastikan mereka mendapat pekerjaan baik, yang boleh menjana CPF hingga mereka dapat keluar flat sewa dan memiliki rumah sendiri," ujarnya.



Menurut Encik Masagos, bagi jangka panjang, kita mahu memastikan anak-anak mereka meraih dan memanfaatkan semua peluang yang ditawarkan daripada pendidikan kita yang baik.



"Ini kerana kita sedar yang ramai ketinggalan bukan kerana mereka tidak dapat sekolah yang baik tetapi tidak hadir di sekolah...jadi kita harus terus mendampingi mereka dan memahami masalah mereka," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >