Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji siswazah universiti lebih seganda lulusan menengah, ITE: Kajian

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura berusia 20-an dan 30-an tahun yang mempunyai ijazah universiti atau ijazah possiswazah meraih gaji purata $4,200 sebulan - lebih dari seganda $2,000 yang diterima mereka yang mempunyai paras pendidikan sekolah menengah dan rendah dan mereka yang mempunyai sijil daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Perangkaan $4,200 itu bagi lulusan universiti juga lebih tinggi sebanyak 62 peratus berbanding gaji purata $2,600 bagi mereka yang mempunyai diploma atau sijil Peringkat 'A'.



Demikian merupakan dapatan sebuah kajian berskala luas baru yang dikendalikan pelbagai penyelidik didedahkan baru-baru ini, lapor The Straits Times.



Profesor Madya Dr Irene Ng daripada jabatan pekerjaan sosial Universiti Nasional Singapura (NUS), penyelidik utama kajian disertai 18 penyelidik itu, menganggap premium gaji yang diberi kepada pemegang ijazah universiti sebagai sesuatu yang ketara.



Beliau berkata: "Kami sangat menitik beratkan nilai kelayakan sijil."



Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Singapura terlalu memberi premium kepada pekerjaan yang memerlukan keupayaan kognitif dan tidak menghargai secukupnya, pekerjaan teknikal atau pekerjaan dalam sektor perkhidmatan atau penjagaan masyarakat.



Premium yang diberi kepada pekerjaan intelektual - atau 'pekerjaan memikir sahaja' sebagaimana yang dikatakan Encik Wong - dilihat dalam jurang yang semakin besar antara gaji permulaan lulusan ITE, politeknik dan universiti.



Gaji permulaan lulusan universiti secara purata kini hampir seganda lulusan daripada ITE, kata Encik Wong, sambil menambah jurang ini semakin bertambah sepanjang hayat mereka.



Beliau berkata: "Kami harus mengelakkan diri daripada tanggapan bahawa kejayaan akademik perlu dihargai lebih daripada pencapaian lain. Sebaliknya, kami harus menghormati mereka yang bertugas dengan tangan dan hati mereka, dan memberikan mereka penghargaan status yang sama seperti laluan kejayaan lain."



Profesor Ng berkata beliau melakukan kajian tersebut kerana kajiannya yang dilakukan dahulu mendapati bahawa ramai keluarga berpendapatan rendah yang menerima bantuan kewangan daripada pemerintah telah berulang kali meminta untuk mendapatkan bantuan, dan salah satu sebabnya adalah, gaji mereka terlalu rendah.



Pada masa yang sama, terdapat kurang perhatian dari segi dasar dan kajian terhadap warga muda Singapura yang sedang bekerja namun meraih gaji rendah, yang dianggapnya sebagai golongan miskin muda yang bekerja.



Profesor Ng berkata: "Jika kami tidak menangani cabaran yang dihadapi mereka, mereka akan menjadi golongan paling miskin dalam khalayak orang miskin pada masa depan yang akan memerlukan bantuan pemerintah."



Pasukannya telah mewawancara seramai 1,905 warga Singapura berusia 21 dengan 38 tahun untuk mengambil tahu tentang cabaran yang mereka hadapi semasa bekerja, antara lain.



Antara Oktober 2020 dengan Mac 2021, pasukan tersebut telah mengetuk pintu rumah penduduk untuk mewawancara mereka yang tinggal di flat empat bilik atau lebih kecil.



Sementara kajian masih dijalankan, Profesor Ng mendedahkan dapatan pertama kajian itu pada 29 Oktober lalu dalam satu acara sempena Hari Antarabangsa bagi Membanteras Kemiskinan.



Acara 'Perbincangan Dirombak Semula: Buat Kerja Pun Tak Cukup' (Conversations Reimagined: Working Also Not Enough) dianjurkan Julie's The Best of You, sebuah pergerakan sosial di bawah syarikat penghasil biskut Julie's Biscuits, dan agensi khidmat sosial AMKFSC Community Services di JustCo@Marina Square yang turut dihadiri orang umum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >