Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Gala Laga' kembali dalam talian

Oct 19, 2020 | 05:30 AM



ACARA rancak Gala Laga kembali lagi tahun ini tetapi dipersembahkan sepenuhnya menerusi dalam talian demi terus menampilkan pemuzik muda berbakat di Singapura.



Tahun ini, Gala Laga 2020 akan meraikan kepelbagaian dalam budaya, seni dan kekayaan muzik Melayu masa kini.



Walaupun tidak dapat mengadakan secara fizikal, Gala Laga 2020 akan disiarkan secara langsung bukan sahaja di laman Facebook dan Youtube Wisma Geylang Serai (WGS) tetapi juga di laman Facebook pengacara Fiza O, Hear65 dan penyanyi Aisyah Aziz.



Acara tahun ini disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) and bekerjasama dengan Hear65 untuk meluaskan jangkauan kepada pemuzik bukan Melayu seperti tahun lalu.



Dihoskan oleh personaliti media Fiza O dan Najip Ali, pesta ini kembali untuk tahun ke-3.



Menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Faishal Ibrahim, pesta tersebut antara acara yang dinantikan oleh ramai dalam masyarakat.



"Secara keseluruhan, lebih 7,000 orang telah menghadiri acara fizikal Gala Laga pada 2018 and 2019.



"Disebabkan itu, kita telah merancang membuat penyesuaian dan menawarkan pesta ini dalam talian serta menampilkan bakat pemuzik yang baru," kata beliau sambil menambah bahawa pasukan WGS bertekad dan yakin dapat mencapai bilangan penonton seramai 20,000 orang tahun ini.



Orang ramai boleh menjangkakan 11 persembahan luar biasa, dengan pemuzik-pemuzik memberi nafas baru dan interpretasi yang berlainan kepada lagu yang dipersembahkan.



Antara mereka adalah pemuzik-pemuzik mampan seperti Aisyah Aziz dan Fariz Jabba serta tiga lagi pemuzik baru yang dipilih daripada 'Open Call' yang telah dianjurkan WGS.



Bagi mereka yang ingin menonton penstriman Gala Laga 2020, lungsuri laman Facebook atau Youtube WGS pada 28 November 2020 pada 8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >