Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Gan: Peri penting gabungan strategi bagi pertingkat daya tahan rantaian bekalan

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah mengukuhkan peri penting mempunyai gabungan strategi untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Gan Kim Yong di Parlimen pada Selasa.



Pada permulaan pandemik itu, antara tiga cabaran utama yang dihadapi Singapura ialah mendapatkan bekalan penting dan mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan, katanya.



Ini bermakna perlu mempelbagai import, meningkatkan keupayaan perkilangan tempatan, dan mempunyai simpanan stok, kata Encik Gan.



Sebagai contoh, apabila bekalan pelitup berkurangan, pemerintah bekerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan keupayaan pengeluaran pelitup di Singapura, sambil pemerintah berusaha mendapatkan bekalan dari seluruh dunia.



Pada masa sama, pemerintah bekerjasama dengan pengimport untuk meluaskan kepelbagaian sumber makanan, termasuk ayam beku dari Poland, udang laut merah dari Arab Saudi dan buah kering dari Uzbekistan. Syarikat Singapura kemudian membantu menguruskan rangkaian pengedaran tempatan, daripada pergudangan kepada kedai runcit.



"Saya juga ingin menggalak rakyat Singapura supaya menyokong strategi kepelbagaian kita dengan mencuba sumber bekalan berbeza, jenama berbeza apabila anda berbelanjaan setiap hari," kata beliau.



Untuk mengekalkan bekalan vaksin, pemerintah bekerjasama dengan industri dan rakan perdagangan bagi mencari huraian kos efektif," tambah Encik Gan.



Cabaran lain ialah dalam mengekalkan status hab Singapura dan membuka semula sempadannya dengan selamat. Walaupun pelabuhan Singapura kekal sibuk, sekatan sempadan membawa kepada gangguan ketara dalam kemasukan orang.



Menurut beliau, ini "keputusan rumit yang perlu dibuat segera".



Pada mulanya, pemerintah "mengambil masa" sebelum memutuskan untuk menutup sempadan, kerana ketersambungan adalah talian hayat Singapura sebagai ekonomi kecil dan terbuka.



Satu kebimbangan ialah memastikan pekerja, terutamanya dalam perkhidmatan penting, masih boleh memasuki Singapura, sambil pemerintah menguruskan risiko Covid-19, katanya.



Namun, beliau menambah: "Ada juga masa-masa apabila kami terlalu berhati-hati, yang menimbulkan gangguan dan ketidakpastian bagi perniagaan dan pekerja."



Dengan lebih banyak pengalaman dan maklumat tentang Covid-19, pemerintah dapat mencapai keseimbangan lebih baik dan mencari jalan membuka semula sempadan secara selamat, yang kini dibuka sepenuhnya, kata Encik Gan.



Beliau juga berkata trafik penumpang Lapangan Terbang Changi dijangka pulih ke tahap prapandemik menjelang 2024. Beliau menambah projek infrastruktur jangka panjang, seperti Terminal 5 Lapangan Terbang Changi dan Pelabuhan Tuas sedang berjalan dengan baik.



Cabaran ketiga yang dihadapi pemerintah ialah bekerjasama dengan industri untuk merangka jalan menuju pemulihan.



Pemerintah telah menyediakan sokongan lebih $72 bilion menerusi lapan Belanjawan Covid-19, manakala Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh dibentuk untuk merancang respons jangka panjang terhadap anjakan struktur yang timbul daripada pandemik itu.



Encik Gan berkata beliau gembira kerana banyak perniagaan menunjukkan daya tahan walaupun mengalami gangguan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >