Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan DBS, Citibank halang 2.5j bayaran dan transaksi ATM diselesai

Nov 06, 2023 | 04:52 PM



Kira-kira 2.5 juta pembayaran dan transaksi mesin juruwang automatik (ATM) tidak dapat diselesaikan semasa gangguan perkhidmatan DBS dan Citibank pada Oktober, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan di parlimen pada Isnin.

Sehingga 810,000 percubaan untuk mengakses platform perbankan digital dari dua bank itu juga telah gagal antara 2.54 petang pada 14 Oktober dan 4.47 pagi keesokan hari, kata Encik Tan, sambil menyifatkan kesan gangguan sebagai “meluas”.

Perkhidmatan pembayaran dan perbankan dalam talian DBS dan Citibank telah terganggu, sementara ATM DBS di beberapa lokasi mengalami kegagalan. 

Gangguan itu disebabkan oleh “isu teknikal” dengan sistem penyejukan pusat data Equinix.

Suhu di pusat data itu meningkat melebihi julat operasi optimum, menyebabkan sistem teknologi maklumat (IT) kedua-dua bank ditutup, kata Encik Tan.

Encik Tan menambah, DBS dan Citibank serta-merta mengaktifkan pelan pemulihan bencana IT dan kesinambungan perniagaan mereka.

“Namun, kededua bank menghadapi isu teknikal yang menghalang mereka daripada memulihkan sepenuhnya sistem terjejas mereka di pusat data sokongan masing-masing,” kata beliau.

DBS terjejas oleh salah konfigurasi rangkaian dan Citibank terjejas oleh isu sambungan.

Perkhidmatan di DBS dan Citibank telah dipulihkan secara berperingkat masing-masing pada 8.21 malam dan 7.05 malam pada 14 Oktober, tetapi hanya pulih sepenuhnya pada awal pagi 15 Oktober.

DBS dan Citibank gagal memenuhi keperluan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk memastikan sistem IT yang kritikal berdaya tahan terhadap gangguan yang berpanjangan, kata Encik Tan.

MAS memerlukan bank untuk menubuhkan pelan pemulihan bencana IT dan mengujinya secara berkala. 

Bank mesti menjalankan latihan pemulihan bencana dengan pusat data sokongan mereka untuk menyemak bahawa sistem dan perkhidmatan kritikal boleh dipulihkan dalam masa empat jam selepas gangguan.

“Walaupun kededua bank menjalankan latihan tahunan untuk menguji pemulihan sistem IT di pusat data sokongan mereka, isu khusus yang menyebabkan kelewatan dalam pemulihan sistem pada 14 Oktober tidak timbul semasa ujian tersebut,” kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >