Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat DBS PayLah! pulih lepas gangguan pada Jumaat

Pelanggan buat aduan tidak dapat akses,
luah rasa kecewa
Oct 20, 2023 | 07:39 PM



Wadah pembayaran digital DBS Paylah! telah pulih selepas ratusan penggunanya mengadu gagal mengakses perkhidmatan itu pada pagi Jumaat.

Laman web Downdetector, yang memantau gangguan perkhidmatan, menyaksikan peningkatan aduan melibatkan DBS Bank dari 7.45 pagi.

Pada kira-kira 9 pagi, 397 laporan diterima daripada pelanggan DBS di laman web itu, menurut The Straits Times.


Dalam satu hantaran Facebook sekitar 10 pagi, DBS berkata akses kepada PayLah! terputus-putus dan ia menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan khidmat digibank DBS Scan and Pay, atau kad debit atau kredit DBS/POSB untuk pembayaran.

Mereka yang boleh mengakses PayLah! dan layak mendapat pulangan tunai, atau cashback, bagi DBS 5 Juta Makanan Penjaja akan menerima rebat mereka pada Jumaat, kata DBS.


Pulangan tunai itu merupakan daya usaha DBS yang diperkenal pada Februari untuk menyokong penjaja.

Diskaun $3 diberi pada setiap Jumaat untuk 100,000 pengguna pertama yang membeli makanan penjaja di seluruh negara.

Pada 11.46 pagi, DBS berkata dalam satu kemas kini bahawa ia sedang berusaha memulihkan perkhidmatan tersebut dan berharap pengguna dapat bersabar sementara ia cuba mengembalikan akses sepenuhnya buat pengguna.

Bank tersebut menambah bahawa semua 100,000 ganjaran pulangan tunai untuk skim Makanan Penjaja untuk minggu ini telah ditebus.

Dalam satu lagi kemas kini pada 12.51 tengah hari, DBS berkata khidmat PayLah! telah pulih sejak 11.40 pagi.

Seorang pengguna media sosial dengan gelaran Jerome Fs meninggalkan komen di Facebook bank tersebut:

“Tidak boleh log masuk menerusi aplikasi. Orang ramai sedang beratur dan sedang menunggu saya membuat pembayaran.

“Anda tahu betapa memalukan? Bagaimanakah kita boleh ‘tanpa tunai’ (cashless) jika teknologi kita tidak dapat menyokong?”


Beberapa pengguna turut meluahkan kekecewaan mereka dan meninggalkan komen mengenai isu yang sering dihadapi oleh DBS.

Gangguan terkini itu berlaku kurang seminggu selepas gangguan lebih 12 jam pada hujung minggu lalu.

ATM, laman web dan kad DBS tidak dapat berfungsi pada Sabtu petang lalu.

Semua perkhidmatan perbankan hanya disambung semula pada Ahad pagi.

DBS berkata siasatannya menunjukkan gangguan perkhidmatan itu disebabkan isu di pusat data, yang turut digunakan oleh pertubuhan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >