Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Projek amal 'Kami Peduli' diteruskan dengan jualan nasi amal

Dengan garis panduan Covid-19, projek amal tidak dapat dianjurkan secara besar-besaran. Projek amal 'Kami Peduli' masih pedulikan anak seni yang perlukan bantuan dan masih terus mengumpul dana melalui wadah baru.
Jul 22, 2020 | 05:30 AM



PROJEK amal 'Kami Peduli' tahun ini tidak dapat dilangsungkan seperti tahun-tahun yang lalu.



Dianjurkan oleh pemilik Orange Ballroom, Encik Syah Ibrahim, dan pengarah urusan Life Records, Encik Osman Ariffin, mereka telah bekerjasama bagi membantu anak-anak seni yang sakit, uzur dan kurang sihat.



Projek amal ini telah dimulakan sejak 15 tahun lalu.



Tujuan projek dana ini dilaksanakan adalah kerana Encik Osman mendapati bahawa Singapura belum mempunyai persatuan yang dapat menyokong anak-anak seni yang telah menyumbang dalam industri seni Melayu.



Jika dibandingkan dengan Malaysia dan Indonesia, anak-anak seni di sana diberikan sokongan yang diperlukan apabila sudah mencecah usia senja ataupun jika ditimpa malang.



Sepanjang 15 tahun lalu, dana yang telah dikumpulkan dan diagih kepada anak-anak seni telah mencapai sekurang-kurangnya $225,000.



Antara anak seni yang telah menerima dana daripada projek ini adalah Allahyarhamha Neng Yatimah, Allahyarham S. Samsudin, Zamberi Abdul Patah, Alias Kadir dan ramai lagi.



Tahun lepas, projek amal ini diperuntukkan bagi Riz Sunawan yang ditimpa penyakit motor neuron (MND) atau lebih dikenali sebagai 'Amyotrophic Lateral Sclerosis' (ALS).



Tahun ini pula, Encik Syah Ibrahim dan Encik Osman mempunyai senarai untuk membantu sekurang-kurangnya 20 orang anak seni.



Antara yang akan menerima bantuan tahun ini ialah penyanyi veteran Zaleha Hamid, mantan juruhebah radio Siti Aminah Siregar dan pelawak veteran Mahadi Shor.



Pada tahun ini, Encik Syah Ibrahim menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengumpul dana melalui cara yang dilakukan seperti tahun-tahun yang lalu.



Memandangkan garis panduan virus Covid-19 belum lagi dilonggarkan dengan lebih lanjut, mereka tidak dapat melangsungkan acara makan malam, mengadakan konsert, mengaturkan acara di Expo ataupun wadah lain yang dirancang untuk mengumpul dana.



Oleh itu, Encik Syah Ibrahim telah merancang dan menyesuaikan projek mengumpul dana itu dengan penjualan nasi amal.



Penjualan ini tidak melanggar peraturan yang diberi pemerintah dan beliau harap ramai penduduk Singapura akan menyumbang dengan membeli nasi amal ini.



Penjualan nasi amal ini akan diadakan seiring dengan Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai ini. (Maklumat lanjut boleh didapati di ruang informasi di bawah).



Encik Syah Ibrahim berkata: "Orange Ballroom sedikit sebanyak bergantung kepada artis-artis tempatan kita yang telah menaikkan nama jenama Orange.



"Jadi saya rasa, sekurang-kurangnya apabila mereka sudah lebih berusia atau menghadapi masalah kesihatan, saya dapat bantu mereka sebagai tanda peringatan dan penghargaan," ujar Encik Syah Ibrahim.



Bagi menjayakan dana ini, setiap tahun, artis-artis tempatan akan diberitahu ataupun diundang sebagai sukarelawan bagi membantu meriahkan projek amal itu. Sejauh ini, sambutan daripada artis-artis tempatan untuk membantu projek amal ini amat menggalakkan.



Antara sukarelawan yang akan membantu projek ini ialah anak seni legenda Singapura, Cik Jorah Ahmad, yang telah banyak menyumbang kepada arena seni Melayu sejak usia muda. Beliau telah menjadi sukarelawan untuk 'Kami Peduli' sejak kali pertama projek ini dianjurkan.



Pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan adalah apabila menghulurkan bantuan kepada Cik Sharifah Noor Idrus Albar yang dulu bekerja sebagai juruhebah bersamanya.



Setelah diserang strok, Cik Sharifah sukar berkata-kata tetapi dapat menyebut nama Cik Jorah apabila beliau bertemu dengannya dan ini menandakan satu harapan untuk beliau pulih pada masa itu.



Cik Jorah berkata: "Menderma bukan sahaja dengan duit. Dengan senyuman dan juga dengan doa."



Seorang lagi sukarelawan tetap ialah penyanyi Didicazli Ismail, 38 tahun, yang telah membantu projek 'Kami Peduli' selama 10 tahun.



Peranan beliau dalam projek amal ini lebih kepada pemasaran amal tersebut dalam media sosial.



Beliau mengongsi projek-projek yang dikendali sebagai memberi kesedaran kepada pengikutnya dari segi jangkauan ataupun pemasaran landskap melalui wadah dalam talian.



Oleh itu, kesedaran yang telah dikongsi dapat mendidik pengguna media sosial bahawa terdapat golongan yang sedang mengalami kesusahan dan cara-cara bagi membantunya.



"Sebagai seorang artis, kita mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan populariti untuk kebaikan dan kebaikan itu memberi manfaat kepada orang lain," kata Didicazli.



Sasaran pengumpulan dana tahun ini ialah $20,000.




"Orange Ballroom sedikit sebanyak bergantung kepada artis-artis tempatan kita yang telah menaikkan nama jenama Orange.

Jadi saya rasa, sekurang-kurangnya apabila mereka sudah lebih berusia atau menghadapi masalah kesihatan, saya dapat bantu mereka sebagai tanda peringatan dan penghargaan."

- Encik Syah Ibrahim, pemilik Orange Ballroom.




"Sebagai seorang artis, kita mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan populariti untuk kebaikan dan kebaikan itu memberi manfaat kepada orang lain."
- Didicazli Ismail yang telah membantu projek 'Kami Peduli' selama 10 tahun.




Informasi nasi amal



AYUH! Beli sambil beramal pada Hari Raya Aidiladha ini pada 31 Julai ini.



Nikmati makan tengah hari dengan set beriani dam Double Lamb Shank (termasuk dalcha, acar buah & suji) yang tersedia dari 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.



Bagi makan malam pula, nikmati set nasi tomato & bamiya kambing (termasuk paceri nenas & pengat pisang istimewa) dari Nazreen Catering yang tersedia dari jam 3 petang hingga 7 malam.



Setiap set hanya $30 dan disediakan untuk hidangan dua hingga empat orang.



Promosi yang ditawarkan - kalau beli tiga set ($90), dapat satu set percuma (harga asal $120)!



Set yang ditempah semuanya boleh dihantar ke rumah dengan tambahan $8, atau anda boleh ambil sendiri di Tanjong Katong Complex.



Tempah sekarang dengan menghubungi 90992165 (kawasan utara), 82982007(selatan), 90863058 (timur) atau 93233363 (barat).



Atau tempah dalam talian di laman www.bazaarria.sg



Bayaran boleh dilakukan secara PayNow ke nombor telefon 9323 3363. Ataupun melalui pemindahan bank kepada Roziah Bte Dasuri OCBC Savings dengan akaun nombor 515-3-033005.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >