Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelembung perjalanan udara S'pura, Australia sedang dibincang: MFA

Mar 14, 2021 | 03:05 PM



SINGAPURA sedang membincangkan kemungkinan gelembung perjalanan udara yang membolehkan penduduk negara ini dan Australia saling mengunjungi tanpa memerlukan kuarantin, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (14 Mac). 



Dalam kenyataannya, MFA mengesahkan negara ini sedang berbincang dengan Australia bagi saling mengenal pasti sijil vaksinasi dan menyambung semula perjalanan dengan keutamaan diberi buat mereka yang mengembara atas keperluan belajar atau perniagaan.



Australia buat masa ini mempunyai "gelembung kembara" bagi perjalanan satu hala dengan New Zealand, yang membolehkan warga negara New Zealand mengunjungi Australia tanpa perlu menjalani kuarantin. Ini dikendalikan menerusi skim yang digantung beberapa kali sebagai respons pada penularan koronavirus.



Singapura sejauh ini mempunyai satu gelembung perjalanan udara sahaja dengan Hong Kong. Pelaksanaan ini bagaimanapun belum lagi bermula kerana tambahan kes di Hong Kong tahun lalu.



Negara ini juga sedang meninjau kemungkinan melaksanakan gelembung perjalanan udara timbal balik dengan lebih banyak negara tetapi langkah ini belum lagi dilaksanakan.



Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, berkata semua insiatif mungkin menjadi realiti pada separuh kedua tahun ini bersama negara dengan kadar jangkitan rendah atau sederhana.



Kenyataan MFA itu dikeluarkan menyusuli beberapa laporan Australia tentang gelembung perjalanan udara antara Singapura dengan Australia,



MFA bagaimanapun menambah kedua-dua negara tidak dalam perbincangan tentang konsep pusat kuarantin atau hab vaksinasi.



Warga Australia boleh melalui kembara transit menerusi Singapura tanpa kuarantin untuk pulang ke negara mereka jika perjalanan mereka merentasi laluan transit yang dibenarkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >