Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelombang baru Covid-19 S'pura kian reda, namun vaksinasi kekal penting

Ye Kung gesa warga terus ambil vaksin berdasar saranan MOH bagi kekalkan tahap daya tahan yang tinggi
May 10, 2023 | 05:30 AM



GELOMBANG jangkitan Covid-19 pertama yang dialami Singapura sejak beralih ke Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) Hijau dan menganggap virus itu endemik semakin berkurangan.



Namun dengan lebih 300 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital, ia telah menambah beban kerja di hospital dengan ketara, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen pada Selasa.



Beliau berkata gelombang itu mencapai puncaknya sekitar dua minggu lalu, dengan sekitar 4,000 jangkitan sehari.



Sejak itu, ia telah berkurangan kepada sekitar 3,000 jangkitan sehari.



Bilangan pesakit yang dirawat di hospital akibat Covid-19 juga dijangka turun dalam minggu-minggu akan datang.



Encik Ong menambah bahawa Singapura telah mengharungi gelombang itu tanpa mengenakan sebarang langkah kesihatan awam selanjutnya, dan keadaan kesihatan awam itu hanya dapat dikecapi jika penduduk Singapura terus mengambil vaksin Covid-19 mereka.



Beliau berkata, Singapura tidak beralih ke Dorscon Hijau kerana Covid-19 menjadi penyakit yang lebih ringan.



Covid-19 kekal sebagai penyakit berbahaya tetapi daya tahan penduduk telah diperkukuh disebabkan oleh vaksinasi, suntikan penggalak dan pemulihan daripada jangkitan, yang membolehkan negara merawatnya sebagai penyakit endemik, kata Encik Ong.



"Justeru, adalah amat penting untuk kita terus mengambil vaksin berdasarkan saranan terkini MOH (Kementerian Kesihatan) bagi mengekalkan tahap daya tahan yang tinggi," tegas beliau.



Mengenai gelombang jangkitan terkini, Encik Ong berkata ia rata-rata melibatkan virus subvarian Omicron XBB.1.9, XBB.1.16 dan XBB.2.3.



Setiap satu subvarian itu membentuk sekitar suku daripada semua jangkitan.



Encik Ong berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengubah status XBB.1.16 daripada Varian Di Bawah Pemantauan kepada Varian Perlu Perhatian.



"Bagaimanapun, tiada bukti di peringkat antarabangsa atau tempatan, bahawa mana-mana varian mempunyai kelebihan perkembangan yang jelas berbanding yang lain atau boleh membawa kepada lebih banyak kes penyakit yang teruk," kata Encik Ong.



"MOH akan terus memantau ciri-ciri varian dengan teliti," tambahnya.



Encik Ong juga memberi maklumat terkini mengenai kes miokarditis atau keradangan jantung, ketika menjawab soalan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong).



Miokarditis boleh berlaku apabila mengambil vaksin Covid-19.



Namun ini sangat jarang berlaku, dan ia lebih menjejas lelaki berusia 12 hingga 30 tahun.



Kejadian tempatan miokarditis berkaitan vaksin dalam kumpulan umur itu adalah sangat rendah iaitu sekitar 1 dalam 100,000 dos dan lebih rendah pada 0.1 dalam 100,000 dos dengan formulasi mRNA bivalen terkini, kata Encik Ong.



Hingga 27 April 2023, daripada lebih 17 juta dos vaksin Covid-19 yang diberikan di Singapura, terdapat 160 laporan miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan vaksin.



Sekitar 32 peratus daripada kes itu mempunyai simptom awal yang dilaporkan dalam tempoh satu hari selepas divaksin, 20 peratus dilaporkan dalam masa dua hari dan 24 peratus lagi dilaporkan dalam tempoh seminggu.



Kebanyakan kes miokarditis akibat vaksinasi secara amnya adalah ringan dan bertindak balas terhadap rawatan, kata Encik Ong.



Hingga 27 April 2023, sekitar 340 permohonan Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap) adalah berkaitan kardiologi, di mana 81 telah diluluskan dan bantuan kewangan telah dihulurkan kepada pemohon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >