Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira, lega dapat ziarah semula tersayang di hospital, rumah jagaan

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA keluarga dan saudara-mara lega lawatan ke hospital dan rumah jagaan warga tua dibenarkan semula semalam, selepas digantung lebih dua bulan di tengah-tengah gelombang varian Omicron virus Covid-19.



Antara mereka ialah suri rumah Nur Hanani Surani, 39 tahun, yang berkata beliau gembira sekatan lawatan ke hospital dan rumah jagaan dilonggarkan akhirnya, kerana kini beliau dapat bertemu mak ciknya yang sudah terlantar dua minggu di Hospital Masyarakat Sengkang, selepas dua minggu dirawat di Hospital Besar Sengkang (SKH).



Menurutnya, agak sukar menghantar barang yang diperlukan mak ciknya yang lanjut usia itu sebelum ini, kerana ada masa khusus yang ditetapkan bagi sebarang penghantaran.



"Pada beberapa hari pertama, seperti setiap pesakit, ada barang yang beliau perlukan, seperti telekung, stokin, Quran dan sebagainya.



"Jadi agak sukar untuk kami berikan kerana perlu mengikut masa yang diberi," kata Nur Hanani.



Pada mulanya, lawatan ke hospital dan rumah jagaan warga tua digantung selama empat minggu mulai 24 Januari, bagi melindungi pesakit dan pekerja jagaan kesihatan sedang kes Covid-19 meningkat.



Kementerian Kesihatan (MOH) kemudian melanjutkan penggantungan itu hingga 20 Mac dan sekali lagi h ingga kelmarin.



MOH berkata pada Khamis lalu bahawa lawatan sekarang dibenarkan kerana bilangan kes Covid-19 tempatan telah berkurangan dan keadaan di hospital serta rumah jagaan telah "mula menunjukkan kemajuan".



Bagaimanapun, lawatan hanya dibenarkan bagi mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya.



Semalam, Cik Nur Hanani berkata dengan kelonggaran itu pesakit seperti mak ciknya dapat melepaskan rasa rindu terhadap keluarga dan mengatasi kebosanan tidak bertemu mereka.



"Bagi pesakit di hospital, tiada yang lebih bermakna daripada bertemu keluarga tercinta dan tidak berasa begitu tersisih.



"Ini juga secara tidak langsung membantu dalam proses penyembuhan mereka," kata beliau.



Mengenai orang tidak divaksinasi penuh, MOH berkata mereka yang tidak layak secara perubatan mendapatkan suntikan Covid-19 dibenarkan melawat, sebagai konsesi.



Mereka yang tidak divaksinasi penuh tanpa sebab perubatan pula dibenarkan di bawah "kes luar biasa" .



"Di bawah keadaan luar biasa, hospital dan rumah jagaan juga boleh melaksanakan fleksibiliti dalam dasar lawatan pelawat mengikut kes yang dikendalikan," ujar MOH.



Namun, mereka perlu menunjukkan hasil negatif ujian pantas antigen (ART) dalam masa 24 jam lalu bagi setiap lawatan.



ART ini perlu dilakukan atau diselia oleh pembekal ujian Covid-19 yang diluluskan MOH, termasuk yang diambil di pusat ujian bersama atau pusat ujian pantas.



Selain itu, pelawat yang sudah divaksinasi penuh atau secara perubatan tidak layak divaksinasi amat digalak melakukan ujian sendiri sebelum melawat pesakit di hospital, tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >