Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Gen Z tidak mahu kerajaan ada kaitan dengan rasuah langsung

JAMES CHAI

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



MALAYSIA akhirnya memasuki musim kempen, dengan bendera pelbagai parti dipasang di sepanjang jalan. Tahun ini, parti dan calon mereka menumpukan perhatian pada "pasaran" baru - pengundi belia semuda 18 tahun.



Daripada enam juta pengundi berusia bahawa 30 tahun tahun ini, lebih separuh (kira-kira 3.5 juta) adalah daripada sebuah generasi lain - Generasi Z (biasa disebut zoomer).



Secara sepintas, kita tahu Gen Z adalah kaum digital, yang menyertai pasaran pekerjaan semasa kemelesetan dek pandemik Covid-19.



Mereka digelar sebagai "yang berhak" di tempat kerja kerana keutamaan generasi sebelumnya menjadi jangkaan mereka.



Bagaimanapun, lebih daripada ini, tidak banyak diketahui tentang Gen Z, terutama pandangan politik mereka.



Pada September, satu tinjauan telefon bantuan komputer oleh ISEAS - Institut Yusof Ishak dijalankan, melibatkan 805 orang, untuk mengetahui nilai politik, sikap dan kecenderungan belia.



Artikel ini memaparkan sebahagian daripada dapatan tinjauan itu.



Nilai paling penting yang dipegang Gen Z ialah rasuah tidak harus menjadi sebahagian daripada kerajaan dalam apa keadaan sekalipun.



Daripada 805 responden itu, 91 peratus mengatakan rasuah langsung tidak wajar, sekalipun kebajikan rakyat terjaga. Hanya 9 peratus berpendapat sebaliknya.



Ini sebahagiannya boleh dijelaskan oleh betapa rasuah menjadi perbincangan politik utama antara parti utama, dengan perbicaraan kes IMDB mendapat sorotan berita setiap hari sejak 2018.



Kes dakwaan berprofil tinggi terhadap mantan perdana menteri Najib Razak juga mengingatkan Gen Z akan kesan negatif rasuah.



Selagi Barisan Nasional (BN) diketuai pemimpin menghadapi kes jenayah, Gen Z berkemungkinan terus menujukkan keengganan menyokong gabungan itu.



Mengenai isu berkaitan, 64 peratus Gen Z berpendapat ahli politik tidak jujur dan akan melakukan apa saja untuk menang pilihan raya.



Perbuatan lompak parti beramai-ramai dan tawar-menawar bagi jawatan kabinet sepanjang dua tahun lalu menguatkan tanggapan itu.



Kami meminta responden menyenaraikan isu paling menjadi keprihatinan mereka tanpa sebarang pilihan atau kata panduan.



Kemudian kami meminta responden "memainkan peranan" sebagai kerajaan dalam mengagihkan bajet RM100 ($30) antara bidang dasar paling popular dalam kalangan belia: Pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, perumahan, dan perubahan iklim.



Kaedah ini membolehkan kita memahami bukan keprihatinan Gen Z saja, malah sejauh mana mereka boleh bertolak ansur.



Mengenai soalan subjektif pertama itu, 40 peratus Gen Z menyebut isu ekonomi, merujuk secara meluas pada pekerjaan, kos sara hidup tinggi, dan suasana ekonomi tidak menyenangkan sebagai tiga kebimbangan paling utama.



Apabila kami perkenalkan bajet RM100 dan lima bidang dasar, jawapan yang diberi semakin jelas. Pendidikan di tempat pertama, dengan purata perbelanjaan RM28, diikuti penjagaan kesihatan (purata RM22).



Pekerjaan dan perumahan berada ditempat (RM18), sementara perubahan iklim paling bawah, dengan jumlah perbelanjaan RM14.



Ini memberikan pandangan yang lebih nuansa terhadap isu-isu. Disebabkan kedekatan mereka dengan zaman persekolahan dan universiti mereka, pendidikan menduduki tempat tertinggi.



Memandangkan kurangnya pendidikan dipapar dalam manifesto parti dan perbahasan dasar utama, janji-janji seperti memberi subsidi atau menghentikan bayaran balik pinjaman pendidikan pengajian tinggi lebih popular.



Sejauh ini, hanya Pakatan Harapan (PH) dan Pakatan Demokratik Malaysia (Muda), yang ditubuh pada 2020 bagi menangani keperluan pengundi muda, telah mengeluarkan manifesto dan memberi perhatian terhadap tiga isu utama itu.



Antara lain, PH menawarkan pemberian wang tunai, mengurangkan pinjaman PTPTN dan menambah peruntukan belanjawan bagi penjagaan kesihatan sebanyak 5 peratus.



Muda menawarkan subsidi tersasar, menyediakan kemudahan digital di sekolah, dan memperbaiki pendidikan bagi kumpulan rentan.



Sama ada tawaran ini akan meningkatkan sokongan belia sangat bergantung pada cara parti itu membentangkan manifesto semasa kempen.



Buat masa ini, PH dan Muda akan mempunyai kelebihan jika BN dan Perikatan Nasional tidak respons dengan tawaran lebih baik.



Penulis Zamil Pelawat di ISEAS - Institut Yusof Ishak dan kolumnis bagi MalaysiaKini dan Sin Chew Daily. Rencana ini disiarkan kali pertama di laman web Fulcrum institut itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >