Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geopolitik bergelora, ekonomi dunia antara intipati wawancara

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah diwawancara secara eksklusif menjelang persidangan tahunan Masa Depan Asia Nikkei di Tokyo, Jepun, baru-baru ini. Dalam wawancara tersebut, beliau berkongsi pandangannya mengenai pelbagai isu termasuk kesan konflik di Ukraine, inflasi, pakatan dagangan dan kebangkitan China. Berikut sedutan soal jawab wawancara tersebut.
May 24, 2022 | 05:30 AM



SOALAN: Mari kita mulakan dengan situasi dunia pada masa ini, terutamanya berkaitan politik sejagat. Seolah-olah konfrontasi antara negara-negara demokratik dengan kepimpinan autoritarian yang semakin ketara berbanding sebelum ini, terutamanya sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Apa pandangan anda tentang hal ini?



JAWAPAN: Saya fikir ia amat membimbangkan. Dan saya fikir antara Russia dengan dunia, pencerobohan ke atas Ukraine telah menyebabkan ketegangan dan keresahan, serta timbul kemarahan kerana mereka (Russia) telah melanggar peraturan antarabangsa, mereka telah melanggar kedaulatan serta hak wilayah kemerdekaan negara lain. Dan ini bukan sesuatu yang kita boleh - negara-negara lepaskan begitu sahaja. Ia amat serius, masalah yang berterusan.



Perang di Ukraine masih berterusan. Semakin lama ia berterusan, saya fikir lebih banyak risiko komplikasi yang akan timbul dan semakin berleluasa. Dan implikasinya bukan sekadar di Eropah, malah serata dunia.



Secara berasingan, hubungan antara Amerika Syarikat dengan China telah pun tegang untuk sekian lama, sejak pentadbiran lalu, malah sebelum itu pun, dan ia tetap masih berterusan. Itu hal berasingan, namun ia boleh menjadi semakin buruk menerusi... perang di Ukraine.



Saya tidak akan letakkan ini sebagai satu isu antara demokrasi dengan autokrasi. Kerana apa yang menjadi taruhan di Ukraine adalah undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sebab itulah Singapura kekal berdikari.



Jika anda fikirkannya sebagai demokrasi menentang autokrasi, anda akan letakkan diri anda dalam peperangan antara yang baik dengan jahat, yang tanpa akhirnya. Dan saya tidak fikir ia langkah wajar untuk diambil.



SOALAN: Apakah langkah yang anda fikir patut diambil untuk kekalkan pemerintahan berdasarkan peraturan?



JAWAPAN: Pertama sekali, Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang secara lantang mengundi untuk mengutuk pencerobohan ke atas Ukraine merupakan satu petanda baik. Itu satu isyarat bahawa negara-negara di dunia berdiri sama berkaitan peraturan antarabangsa.



Tapi di luar isyarat tersebut, saya fikir penting juga untuk negara-negara mengekalkan rangka kerja antarabangsa yang wujud, institusi supranasional seperti PBB serta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia. Ini merupakan rangka kerja yang membenarkan semua negara untuk bekerjasama meskipun sekiranya ada perbezaan dan tiada persetujuan antara kita, malah konflik antara satu sama lain.



Sekiranya anda mengalihkan atau mengecilkan kepentingannya, maka anda berhadapan dengan undang-undang yang dikawal atas dasar peribadi.



Dan dalam undang-undang sedemikian, bukan sahaja mereka yang lemah akan merana. Malah mereka yang kuat juga akan berhadapan masa sukar kerana anda akan habiskan masa anda bergaduh sesama sendiri dan membazirkan tenaga yang bernilai.



Kedua, negara-negara perlu mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa - Piagam PBB, seperti contoh, Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Kelautan.



Ini merupakan peraturan yang melibatkan semua orang. Dan adalah penting bagi negara-negara kecil dan besar mematuhinya.



Saya tahu bahawa negara-negara besar memilih kebebasan untuk bertindak dan agak keberatan untuk mematuhinya. Dan Russia melanggar peraturan di Ukraine, tetapi kuasa-kuasa besar lain biasanya keberatan untuk membenarkan badan-badan supranasional ini mempunyai kuasa ke atas mereka. Saya boleh memahaminya, tapi ini amat dikesali.



Perkara ketiga pula, saya fikir, ialah kita perlu mengenali bahawa ini merupakan dunia yang sebenar. Ia bukan dunia yang ideal di mana kita semua patuh kepada satu kuasa yang besar.



Maka anda bukan sekadar bergantung kepada peraturan, tapi juga keseimbangan kuasa. Terdapat beberapa bidang di mana mereka bekerjasama, tapi ada juga bidang lain di mana keseimbangannya akan tercapai sendiri.



SOALAN: Ada sesetengah orang kata bahawa situasinya hampir sama dengan keadaan pada tahun-tahun 1930-an. Ada sesetengah orang cakap tentang perang dunia ketiga.



JAWAPAN: Bezanya kini ada kuasa nuklear. Maka tidak sama. Sekiranya anda sampai pada keadaan sedemikian, pasti anda akan berada dalam suasana yang belum pernah diterokai. Dan saya fikir semua orang sedar akan bahayanya.



Tapi ia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran serta kemampuan mengatasi tekanan politik, selain memandang ke depan dalam usaha mengatasi bahaya jangka panjang.



SOALAN: Menyentuh tentang ekonomi, bezanya situasi kini dengan situasi pada 1930-an ialah ekonomi sejagat kini dalam keadaan lebih baik. Namun realitinya ialah pertumbuhan ekonomi sejagat dapat dikekalkan dengan meluaskan hutang dan melonggarkan dasar kewangan sepanjang 15 tahun lalu. Maka situasinya tidak begitu baik seperti pada dasarnya. Kini inflasi kian meningkat dan bank-bank pusat dipaksa mengetatkan dasar kewangan mereka. Ia mungkin menjejas pasar kewangan dan menjejas pertumbuhan ekonomi. Apa pandangan anda?



JAWAPAN: Inflasi merupakan satu masalah. Saya fikir ekonomi sejagat pulih lebih pantas akibat Covid daripada apa yang dijangkakan. Langkah stimulus telah membantu. Namun langkah stimulus masih dilaksanakan dengan baik, saya fikir atas sebab politik, sedang ekonomi nampak pulih, di Amerika Syarikat dan Eropah. Dan ini telah menyumbang kepada kenaikan inflasi sebelum (perang) Ukraine.



Dan kini (perang) Ukraine memburukkan keadaan kerana ia menjejas bekalan tenaga, dengan tenaga Russia kini dihadang daripada pasaran dunia. Dan kini menjejas bekalan makanan, dan gandum.



Dan ini menambah kepada inflasi bekalan.



Setahun lalu, bank-bank pusat agak tenang mengenai prospek inflasi terkawal. Malah mereka bimbangkan deflasi pula. Lantas mereka ingin naikkannya kepada satu tahap, secara purata 2 peratus dan lain-lain lagi.



Tapi saya fikir mereka terlupa. Kini lebih jelas yang mereka perlu ubah kedudukan dan saya percaya mereka sedang berbuat demikian. Kesukarannya ialah kini inflasi agak tinggi. Anda perlukan langkah mendadak untuk menurunkannya dan menghalang jangkaan inflasi daripada 'berakar'. Ia sukar dilakukan.



Terdapat juga risiko tentang apa yang anda perlu lakukan tapi hasilnya mendorong kepada kemelesetan.



Ia berulang kali berlaku pada 1960-an, 70-an, 80-an (dan) 90-an. Tapi itu risiko yang perlu kita jangkakan dan perhatikan. Tapi anda perlu ambil risiko itu kerana jika anda tidak menentang inflasi, ia boleh menjadi masalah yang amat serius pada dunia.



SOALAN: Sebelum kita bercakap tentang inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, bagaimana anda melihat perdagangan dengan China? Kadar perdagangan dengan China, untuk kebanyakan negara Asia, telah menjadi lebih besar daripada 10 tahun yang lalu. Dan saya khuatir bahawa banyak negara di Asia terlalu bergantung pada perdagangan dengan China. Jadi jika China berhenti mengimport dari negara-negara Asia, kesannya boleh jadi dahsyat.



JAWAPAN: Kita tidak mampu untuk tidak menjalankan perniagaan dengan China. Peluang sudah ada. Pasaran ada di sana. Dan anda ingin berdagang dengan mereka dan tidak lama lagi banyak negara akan mengalu-alukan pelaburan bersama mereka.



Tetapi pada masa yang sama anda harus mengembangkan perdagangan anda, pautan anda dengan seluruh dunia, dengan Kesatuan Eropah (EU), dengan Amerika, malah Afrika dan Amerika Latin... mungkin ini adalah pasaran baru, tetapi kita perlu mencari potensi dari seluruh dunia, dan kita perlu mengekalkan keseimbangan.



Tetapi China kini adalah parti yang lebih besar di dunia, dan oleh itu anda jangkakan lebih banyak perdagangan adalah bersama China... anggap itu keadaan biasa. Jika anda mengatakan China adalah parti besar, tetapi saya tidak mahu berdagang dengan mereka, baik, ini bukan sahaja akan bermakna kos lebih tinggi, tetapi saya fikir anda membuka jalan untuk pergeseran dan kurangi peluang untuk mengekalkan kedamaian.



SOALAN: Dan juga bercakap tentang Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, yang dimulakan oleh Amerika Syarikat, pandangan anda adalah positif?



JAWAPAN: Ya, kami positif... sebaik-baiknya anda mahukan Amerika Syarikat dan perjanjian FTA dengan negara-negara Asia, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.



Jadi ini adalah alternatif yang bukan FTA tetapi rangka kerja yang mencerminkan hasrat mereka untuk bekerjasama dalam perkara yang berkaitan dengan rantau ini.



Mereka bercakap tentang rangkaian bekalan, mereka bercakap tentang ekonomi digital, terdapat beberapa kemungkinan kandungan yang mengandungi kerjasama ekonomi hijau... ini adalah perkara positif yang menarik minat negara di rantau ini dan ia memastikan Amerika Syarikat terlibat. Oleh itu kami menyokongnya.




PM LEE MENGENAI PENTINGNYA KEKALKAN PEMERINTAHAN BERDASARKAN PERATURAN



... saya fikir penting juga untuk negara-negara mengekalkan rangka kerja antarabangsa yang wujud, institusi supranasional seperti PBB serta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia. Ini merupakan rangka kerja yang membenarkan semua negara untuk bekerjasama meskipun sekiranya ada perbezaan dan tiada persetujuan antara kita, malah konflik antara satu sama lain. Sekiranya anda mengalihkan atau mengecilkan kepentingannya, maka anda berhadapan dengan undang-undang yang dikawal atas dasar peribadi. Dan dalam undang-undang sedemikian, bukan sahaja mereka yang lemah akan merana. Malah mereka yang kuat juga akan berhadapan masa sukar kerana anda akan habiskan masa anda bergaduh sesama sendiri dan membazirkan tenaga yang bernilai.



PM LEE MENGENAI CABARAN TANGANI INFLASI



Setahun lalu, bank-bank pusat agak tenang mengenai prospek inflasi terkawal. Malah mereka bimbangkan deflasi pula. Lantas mereka ingin naikkannya kepada satu tahap, secara purata 2 peratus dan lain-lain lagi... Kesukarannya ialah kini inflasi agak tinggi. Anda perlukan langkah mendadak untuk menurunkannya dan menghalang jangkaan inflasi daripada 'berakar'. Ia sukar dilakukan. Terdapat juga risiko tentang apa yang anda perlu lakukan tapi hasilnya mendorong kepada kemelesetan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >