Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerai jual kuih, baju Raya paling banyak dapat sambutan

Mar 20, 2023 | 05:30 AM



DENGAN bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, peniaga kuih, Warung Man Baba yang mempunyai dua lokasi bazar yang terletak di Geylang Serai dan Arab Street sudah melihat ramai pembeli membeli kuih sejak pembukaan bazar itu.



"Ada pelanggan yang membeli beberapa botol kuih terlebih dahulu untuk melihat dan merasa sama ada mereka suka kuih tersebut.



Mereka akan kembali dan membeli kuih itu sebelum Hari Raya nanti," kata pengarah urusan kedai itu yang ingin dikenali sebagai Encik Amir.



Beliau turut menambah bahawa pelanggan juga kini lebih terbuka untuk membeli lebih banyak kuih kerana mereka lebih teruja untuk menyambut Hari Raya pada skala yang lebih besar pasca pandemik ini.



"Selain kualiti kuih kami, pelanggan yang membeli kuih kami lebih selesa membeli kuih di sini berbanding di Malaysia kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa dek kesesakan trafik ke Johor Bahru."



Di Joo Chiat Complex, kelihatan beberapa pelanggan sudah mula membeli baju Raya, antaranya ialah Encik Faizal Ambiak.



"Saya membeli baju daripada Kurta Boys dan saya biasanya lebih selesa untuk membuat persediaan awal. Saya dan isteri dapat jangkakan kedai-kedai ini akan sesak pada bulan Ramadan nanti, dan adalah lebih baik untuk kami mengelakkannya selagi boleh," katanya.



Penjaga kedai Kurta Boys, Encik Sheikh Omar Bagharib berkata ia adalah satu trend yang dilihatnya di mana pelanggan lebih suka membeli pakaian mereka lebih awal.



"Pelanggan lebih gemar menyiapkan baju mereka lebih awal dan tidak mahu kecewa jika ada pakaian yang ingin dibeli itu, sudah habis pada akhir bulan Ramadan.



Oleh kerana kami menjual pakaian khususnya untuk para lelaki, membeli-belah awal akan memberi masa yang cukup untuk ahli keluarga mereka menyelaraskan warna pakaian mereka," katanya.



Pakaian jenama Adrianna Yariqa sibuk beberapa minggu ini dengan persiapan untuk pelancaran baju Hari Raya. Koleksi Raya tahun ini dikeluarkan seawal bulan Januari.



"Tahun ini terdapat ramai pelanggan yang membeli sebelum Ramadan bermula.



Ini mungkin disebabkan pelanggan takut jika koleksi yang mereka inginkan kehabisan stok dan tidak dapat selaraskan warna baju dengan ahli keluarga mereka. Dengan persiapan yang lebih awal, pelanggan boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga sepanjang Ramadan," kata Cik Ida.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >