Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerakan hijau galak usaha sekitaran mampan dalam masyarakat

May 01, 2022 | 05:30 AM



BAGI merangsang tindakan masyarakat dan daya usaha peringkat bawah ke atas, atau 'ground-up", dalam mendorong kemampanan sekitaran, gerakan Tindakan Hijau bagi Masyarakat (GAC) telah dilancarkan semalam.



Gerakan GAC seluruh negara itu bertujuan membolehkan, menggalak dan memperkasa penduduk untuk mengambil tindakan daripada peringkat bawah ke atas bersama-sama masyarakat sekeliling demi mencapai matlamat iklim dan kemampanan Singapura.



Ia juga berharap untuk memupuk semangat kewarganegaraan menghijau selain menyemai kemampanan sebagai satu tanggungjawab bersama dan sebahagian daripada gaya hidup.



Usaha ini merupakan sebahagian daripada Pelan Menghijau Singapura 2030 dan ia diterajui oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Kementerian Pembangunan Negara (MND), dan Kementerian Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia (MCCY).



Di bawah gerakan GAC, pemerintah akan menyatukan pemimpin masyarakat dan penduduk untuk merancang, menganjurkan dan melaksanakan bersama inisiatif kemampanan.



Sesi mendekati masyarakat juga akan dikendalikan di peringkat masyarakat untuk memanfaatkan idea dan kepakaran penduduk di setiap kawasan untuk membangunkan inisiatif bermakna dan bersesuaian dengan setiap kawasan.



Gerakan GAC akan bermula dengan lima bengkel membangunkan keupayaan bagi kumpulan GAC yang ditubuhkan di peringkat divisyen di mana ia merangkumi anggota masyarakat yang dicalonkan penasihat akar umbi.



Ia termasuk pemimpin akar umbi dan mereka yang memperjuangkan kemampanan dalam masyarakat.



Menyusuli bengkel itu, perbincangan terperinci akan dianjurkan untuk dijadikan sebagai platform bagi kumpulan GAC untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif khusus Pelan Hijau yang telah dikhususkan bagi setiap masyarakat.



Menerusi perbincangan dan bengkel tersebut, kumpulan GAC akan dapat membangunkan pelan bagi menarik masyarakat untuk memperjuangkan inisiatif kemampanan di kawasan perumahan mereka.



Semalam bengkel pembangunan keupayaan pertama telah diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East yang dihadiri tetamu terhormat Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Beliau telah dihoskan Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Encik Heng berkata bagi Pelan Hijau untuk berjaya, adalah penting untuk memanfaatkan idea dan tenaga masyarakat.



"GAC menggabungkan anggota masyarakat untuk merancang, menganjurkan dan melaksanakan inisiatif kemampanan. Tiada sempadan terhadap kemungkinannya apabila kita boleh memanfaatkan kreativiti, minat dan kepakaran masyarakat, terutama bagi isu seperti kemampanan yang kian menjadi keprihatinan ramai dan bersedia untuk melakukan sesuatu mengenainya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >