Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran Penjagaan di rumah dinaikkan

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



GERAN Penjagaan di Rumah, yang bertujuan mengurangkan kos perkhidmatan penjagaan warga emas, akan ditingkatkan daripada $200 sebulan kepada hingga $400 sebulan.



Langkah ini bertujuan mengiktiraf sumbangan penjaga dan memperkukuh sokongan untuk mereka - salah satu daripada pelan tindakan yang dibentangkan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura.



Di bawah skim Geran Penjagaan di Rumah itu, benefisiari dengan pendapatan isi rumah per kapita (PCHI) bulanan hingga $1,200, atau benefisiari tanpa pendapatan yang tinggal di rumah dengan nilai tahunan hingga $13,000 akan menerima geran sebanyak $400.



Benefisiari dengan PCHI bulanan antara $1,201 dan $2,800 pula akan menerima geran sebanyak $250.



Geran itu boleh digunakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan penjagaan, seperti perkhidmatan penjagaan warga emas dan sokongan penjaga dalam masyarakat, atau menggajikan pembantu rumah.



Dalam satu sidang akhbar, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, yang merupakan antara Anggota Parlimen (AP) yang menerajui Siri Perbincangan Tentang Pembangunan Wanita Singapura, berkata isu penjagaan merupakan antara topik yang ditimbulkan dalam perbincangan itu.



"Peserta mengongsi aspirasi sebuah masyarakat di mana kededua lelaki dan wanita memainkan peranan yang sama dalam menggalas tanggungjawab penjagaan.



"Mereka juga berkongsi bahawa penjaga banyak berkorban dan kadangkala mempunyai cabaran fizikal, sosial, emosi dan kewangan.



"Inilah perkara yang ingin kami lihat untuk menyokong penjaga," ujar Cik Rahayu.



Geran Penjagaan di Rumah bertujuan menyokong golongan penjaga dan mengurangkan kos menjaga ahli keluarga yang mengalami ketidakupayaan sederhana yang berpanjangan, termasuk warga emas.



Selain itu, pemerintah akan menjadikan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) sebagai pusat sumber sehenti bagi penjaga warga emas.



Pemerintah akan bekerjasama dengan masyarakat untuk membentuk rangkaian sokongan bagi golongan penjaga, termasuk mereka yang menjaga orang kurang upaya dan kanak-kanak dengan keperluan pembangunan.



Selain itu, pemerintah akan meluaskan skop khidmat Skim Perkhidmatan Isi Rumah, yang membolehkan isi rumah untuk memanfaatkan perkhidmatan isi rumah secara sambilan dan mengurangkan beban mereka. Skim itu merupakan alternatif kepada pembantu rumah.



Pilihan jagaan sementara yang lebih dimampui akan memberi golongan penjaga lebih fleksibiliti dan membolehkan mereka untuk berehat dan menjaga diri mereka juga.



Pada masa yang sama, kertas putih itu menarik perhatian tentang kepentingan adanya rangkaian sokongan menjangkau keluarga.



Majikan dan rakan kerja boleh menyumbang kepada suasana tempat kerja yang lebih menyokong, dan memahami mereka yang perlu fleksibiliti untuk memenuhi komitmen penjagaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >