Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerbang gah pintu masuk utama Jalur Budaya Geylang Serai akan dibangun

Lambang peralihan dari bekas penempatan Melayu ke kawasan masyarakat kontemporari dan bersemangat
Jul 17, 2021 | 05:30 AM



SATU gerbang gah akan dibangunkan di simpang empat di hadapan Joo Chiat Complex, sebagai menandakan pintu masuk utama ke Jalur Budaya Geylang Serai yang kini sedang menjalani pembaharuan untuk menjadikannya lebih bertenaga.



Gerbang itu akan melambangkan peralihan dari bekas penempatan Melayu ke kawasan masyarakat yang kontemporari dan bersemangat.



Ia berbentuk bumbung curam yang diilhamkan daripada rumah kampung Melayu, dan disusun secara berselang-seli untuk melambangkan konsep abstrak kaki bajang rumah kampung menggunakan bahan moden.



Gerbang itu adalah rekaan pasukan berbilang disiplin yang diketuai oleh BDP Architects (Southeast Asia) Pte Ltd, yang memenangi Peraduan Reka Bentuk Geylang Serai yang dilancarkan Januari lalu.



Peraduan tiga bulan itu mengundang idea bagi menyerlahkan lagi pintu masuk utama ke jalur budaya itu di simpang Geylang Road, Changi Road, Geylang Serai Road dan Joo Chiat Road.



Ini bagi memaparkan identiti budaya dan warisan Geylang Serai yang kukuh dan mengukuhkan peranan kawasan itu sebagai destinasi untuk ditujui bagi menikmati budaya Melayu.



Pemenang peraduan itu, serta kumpulan yang menduduki tempat kedua dan ketiga, didedahkan dalam majlis pengumuman reka bentuk wajah baru Geylang Serai dan majlis pecah tanah Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.



Reka bentuk untuk ruang di depan Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex turut didedahkan di majlis itu.



Reka bentuk ruang di depan pasar bertujuan menyediakan sekitaran selamat yang mesra pengguna kerusi roda dan mesra keluarga.



Antaranya, kawasan rehat baru yang berbumbung akan dibangunkan, dan laluan berbasikal akan disediakan bagi menghubungkan pengguna ke Penghubung Taman Sims Avenue.



Ruang di luar Joo Chiat Complex pula akan dijadikan plaza acara bagi meraikan perayaan utama dan berfungsi sebagai lanjutan kepada Jalur Budaya Geylang Serai yang lebih luas.



Sebuah bumbung besar akan dibangunkan bagi memberi perlindungan daripada cuaca panas atau hujan dan menyediakan sekitaran yang sesuai dinikmati semua.



Selain pengumuman reka bentuk itu, pembinaan Anjung@WGS, kemudahan berbumbung di sebelah bangunan WGS untuk kegiatan sosial seperti acara sukan dan majlis perkahwinan, turut dimulakan secara rasmi semalam.



Dalam ucapannya, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang memimpin projek Jalur Budaya Geylang Serai, berkata wajah baru bagi tiga kawasan itu merupakan antara maklum balas yang banyak diterima daripada sesi pendampingan masyarakat yang dianjurkan dua tahun lalu untuk mendapatkan idea bagi membangunkan jalur budaya yang istimewa dan tersendiri.



Sesi itu termasuk bengkel, perbincangan kumpulan fokus serta tinjauan dalam dan luar talian yang mengumpul lebih 10,000 maklum balas daripada orang ramai merentas segmen masyarakat berbeza.



Beliau menambah, pembangunan jalur budaya itu tidak sekadar melibatkan penaikan taraf fizikal dan seni bina, sebaliknya ruang fizikal mesti dihidupkan menerusi program budaya yang dinamik bagi meraikan warisan kawasan itu dan terus menghidupkan budaya Melayu.



"Apabila Anjung@WGS siap dibangunkan, saya berharap dapat melihat sokongan daripada masyarakat untuk menggunakan kemudahan itu bagi melengkapi gaya hidup mereka.



"Ikon dan ruang baru lagi menarik akan diperkenalkan di jalur budaya unik ini yang akan menyediakan peluang baru untuk warga Singapura meraikan warisan Melayu kita yang kaya," katanya.




Projek-projek ini diterajui Menteri Maliki Osman demi menyegarkan Geylang Serai sebagai sebuah kawasan khas yang meraikan warisan dan sejarahnya.

Insya-Allah, apabila selesai dibina kelak, masyarakat kita dan pengunjung lain akan dapat menikmati ruang awam baru, prasarana yang lebih baik dan program-program kemasyarakatan yang bermanfaat.

- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >