Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gereja St Matthew jadi sebahagian kompleks polis

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



DUA dekad setelah diperoleh pemerintah bagi memberi laluan bagi projek MRT, sebuah gereja bersejarah dan tadika yang bersebelahannya akan dipulihara dan menjadi sebahagian daripada kompleks polis di Neil Road.



Gereja St Matthew, yang sejarahnya bermula seawal 1890-an, dan Tadika St Matthew, yang dibina pada 1950, akan menjadi sebahagian peluasan Kompleks Kantonmen Polis yang akan siap pada 2024.



Kedua-dua bangunan itu akan dipulihkan sebagai sebahagian daripada kemudahan polis baru, lapor The Straits Times.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata mereka menyedari nilai sejarah dan budaya bangunan itu dan akan mengekalkan unsur seni binanya.



MHA berkata struktur tersebut "rata-rata tidak akan dapat diakses oleh orang ramai", namun ia masih akan digunakan untuk tujuan seperti pendidikan keamanan dan kegiatan penjangkauan", dan seni bina luar bangunan itu masih boleh dilihat dari laluan pejalan kaki".



Gereja itu bermula menjadi tempat ibadah bagi pelaut dan penjaga penjara British dari Penjara Outram yang berdekatan pada era 1890-an.



Pada era 1920-an, jemaah kawasan uskup Anglika Singapura mengambil alih bangunan itu.



Beberapa tahun selepas Penjajahan Jepun, gereja itu diperluas dan sebuah tadika ditambah di sebelah bangunan utama.



Ini diikuti dengan pembinaan semula bangunan gereja utama dengan gaya moden.



Jurucakap Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata:



"Terletak bersebelahan, kedua-dua bangunan tersebut mempunyai gaya seni bina menarik yang meningkatkan tarikan visual di sepanjang jalan.



"Gereja ini memiliki bentuk berlian yang luar biasa, serta bumbung konkrit berlipat yang inovatif berbentuk seperti haluan kapal menuju ke langit, yang pada zamannya merupakan pencapaian hebat dalam bidang kejuruteraan awam.



"Sebaliknya, bekas bangunan tadika itu adalah bangunan satu tingkat sederhana yang dipengaruhi oleh gaya Art Deco dengan bumbung tirus ditutup dengan jubin terakota Marseilles.



"Ia mempunyai ciri-ciri sederhana tetapi dengan ukuran yang seimbang seperti sagang bercabang, konkrit berlubang, serta tingkap berkisi dan berkayu."



Gereja dan tadika itu telah menghentikan operasi pada 1998, dua tahun setelah ia diwartakan untuk pemerolehan bagi memberi laluan kepada MRT North East.



Tetapi ternyata projek pembangunan MRT tidak mempengaruhi kedua-dua bangunan tersebut.



Bangunan itu diwartakan untuk pemuliharaan 16 tahun kemudian, pada 2014, kerana "kepentingan sejarah dan seni bina", tambah URA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >