Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai bermandi cahaya

May 04, 2019 | 05:30 AM



SENI dan budaya masyarakat Melayu/Islam menghiasi Lampu Hari Raya di Geylang Serai tahun ini, yang dinyalakan secara rasmi malam tadi bagi mengalu- alukan ketibaan Ramadan dan sambutan Hari Raya tidak lama lagi.



Hiasan lampu bercorak batik, bunga, rama-rama, bulan sabit dan bintang, antara lain dipilih bagi memeriahkan suasana di sekitar Geylang Serai tahun ini.



Tepat 8.10 malam tadi, kawasan sepanjang 1.8 kilometer dari Sims Avenue, Geylang Road hingga ke Changi Road bergemerlapan dengan sinar cahaya berwarna- warni.



Bertemakan Meraikan Semangat Kampung, acara Penyalaan Lampu Hari Raya tahun ini, turut memaparkan 50 arca lampu serta dua arca gerbang utama – struktur tiga dimensi (3D), dengan reka bentuk kubah masjid serta hiasan persis rumah kampung – bagi ‘menyambut’ pengunjung ke kawasan tersebut.



Temanya dikekalkan kerana ia mencerminkan budaya berbilang kaum di Singapura dan semangat gotong-royong di kampung yang diharap dapat dikekal dan diturunkan kepada generasi seterusnya.



Presiden Halimah Yacob hadir bersama suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, di Plaza Terbuka Wisma Geylang Serai (WGS) semalam bagi merasmikan acara Penyalaan Lampu Hari Raya itu.



Turut hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Southeast yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, serta Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef.



Dengan penyalaan lampu itu, pintu Bazar Geylang Serai turut dibuka.



Bazar di WGS, Jalan Geylang dan Jalan Engku Aman akan mempunyai sebanyak 500 gerai, menjual antara lain makanan tradisional Melayu, aksesori dan perhiasan rumah.



Selain itu, sejajar dengan peranannya sebagai hab warisan sosial dan budaya, WGS akan menawarkan ruang masyarakat yang membolehkan keluarga dan kumpulan rakan duduk berbuka puasa bersama.



Hiasan lampu itu akan bernyala selama tujuh minggu hingga 16 Jun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >