Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai kembali bermaya, bermandikan warna-warni lampu Raya

Mar 25, 2022 | 08:09 PM




SEKITARAN kawasan Geylang Serai yang lesu sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19 kini kembali bersemangat, dan bermandikan cahaya warna-warni sempena menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal. 





Kawasan sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue 'hidup' dengan pantulan Lampu Hari Raya yang menghiasi suasana malam hingga 8 Mei ini, bermula dari 7 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari.



Penyalaan lampu itu dilanjutkan hingga 2 pagi setiap Jumaat dan Sabtu dan 6 pagi pada Malam Raya.



Dengan tema “Gotong Royong – Perpaduan dan Berdaya Tahan,” penyalaan Lampu Hari Raya tahun ini menekankan semangat hidup berjiran, nilai kebaikan dan sikap saling membantu satu sama lain sesama masyarakat.



Orang ramai yang memasuki Geylang Serai menerusi Sims Avenue dan Changi Road akan disambut datang dengan ucapan “Selamat Hari Raya” yang dipaparkan di gerbang utama Lampu Hari Raya di situ.



Bangunan sekitar Geylang Serai turut dinyalakan dengan lampu berusul reka bentuk Islam serta motif bunga-bunga musim Lebaran.



Acara penyalaan Lampu Hari Raya pada Jumaat (25 Mac) diadakan secara hibrid - fizikal dan maya dan dilancarkan Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) serta penasihat utama Wisma Geylang Serai, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Ahli Parlimen (GRC Marine Parade) dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East Encik Mohd Fahmi Aliman turut hadir.



Dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu, Encik Wong mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan masyarakat Melayu/Islam dalam mematuhi langkah pengurusan selamat Covid-19 sepanjang dua tahun ini.



Dengan kedudukan Singapura yang lebih baik, lebih banyak kegiatan Ramadan tahun ini dibolehkan.



“Sudah dua tahun, kita semua memerangi wabak ini. Masyarakat Melayu-Islam khususnya telah mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan,” kata Encik Wong.



“Terima Kasih atas kerjasama anda. Kita telah mencapai hasil yang baik seperti - ramai orang sudah divaksin dan dilindungi. Kita sekarang berada di kedudukan yang lebih baik untuk melonggarkan langkah pengurusan selamat.



“Sebab itulah, Raya tahun ini, istimewa. Selagi kita terus bekerjasama dan mengamalkan semangat gotong-royong, kita akan menjadi lebih baik, sebagai satu masyarakat dan satu negara,” tambah beliau.



Bulan Ramadan tahun ini jatuh pada 2 April, dan masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei ini.



Meskipun masih agak berbeza berbanding Ramadan tahun-tahun lalu, Geylang Serai tahun ini mengadakan lebih banyak kegiatan selepas dua tahun sendu dek 'penangan' Covid-19.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >