Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM MILENIAL

Ghairah curah bakti pada belia kurang dapat perhatian

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



Kelab Mendaki, atau MClub, merangkumi golongan profesional dan pelajar muda Melayu/Islam yang terlibat dalam hal ehwal umum berkaitan masyarakat, Singapura dan dunia. Kelab tersebut melibatkan diri dalam inisiatif pembangunan belia yang strategik dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan mengenai perkembangan semasa dalam arena tempatan dan global. Baru-baru ini, BERITA HARIAN mewawancara dua sukarelawan yang berkongsi pengalaman mereka memberi kembali kepada masyarakat melalui Kelab Mendaki.



BELIAU pernah meraih manfaat program kepimpinan dan bimbingan semasa belia dahulu yang membantunya menjalin rangkaian hubungan dan mendedahkan beliau kepada pelbagai jenis kerjaya.



Justeru, apabila diberi peluang untuk 'membalas' semula manfaat yang diterimanya itu bagi menyokong pembangunan generasi muda sebagai mentor Kelab Mendaki, Cik Faridah Mohd Saad tidak teragak-agak menerimanya.



Kini, selaku Presiden Kelab Mendaki ke-10, beliau berharap dapat terus berbakti kepada masyarakat khususnya segmen belia yang kurang mendapat perhatian.



Menceritakan bagaimana beliau mula aktif dalam kerja kemasyarakatan, Cik Faridah berkata beliau menyertai program Inkubator Kepimpinan (Leadership Incubator), salah satu program utama atau 'flagship' Kelab Mendaki pada 2012. Dari situlah, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia sukarelawan.



Walaupun terpaksa meninggalkan tanah air untuk bekerja pada 2015 selama tiga tahun sebagai Pengarah Pusat International Enterprise (IE) Singapore di Johannesburg, Afrika Selatan, ketika itu, Cik Faridah menjelaskan bahawa beliau sentiasa mempunyai rancangan untuk pulang ke Singapura dan kembali menyumbang kepada masyarakat di sini.



"Apabila saya pulang ke Singapura, saya dihubungi oleh rakan-rakan saya yang lain dari Kelab Mendaki yang bertanya jika saya mahu kembali dan menyokong program-program mereka. Saya tidak berfikir dua kali," kata Cik Faridah, 33 tahun, yang kini merupakan Timbalan Pengarah (Agriteknologi) di Enterprise Singapura.



Sebagai Presiden Kelab Mendaki, Cik Faridah memimpin 13 anggota jawatankuasa eksekutif (Exco) dengan matlamat menyokong golongan belia Melayu/Islam dalam mencapai aspirasi kerjaya mereka serta menawarkan peluang bagi mereka untuk menyumbang kepada masyarakat.



Ketika ditemui Berita Harian, Cik Faridah berkata beliau berharap pengalamannya juga dapat menambah nilai dalam program-program lain yang kini ditawarkan Kelab Mendaki.



Antara program yang dikendalikan sayap belia Yayasan Mendaki itu ialah Mara Mentoring di mana belia dapat dibimbing oleh karyawan dalam industri dan Siri Kerjaya Re:Work yang bertujuan untuk menghubungkan pelajar, graduan serta karyawan muda kepada perubahan dunia pekerjaan serta Inkubator Kepimpinan.



Cik Faridah menjelaskan program-program yang dijalankan bukan untuk menyokong sahaja, bahkan meningkatkan kemahiran mereka selain meluaskan rangkaian hubungan serta keyakinan mereka untuk menceburi bidang yang diinginkan.



"Konsep membina rangkaian hubungan dan mempunyai seorang pembimbing saya rasa mungkin masih sesuatu yang baru bagi ramai dalam masyarakat kita.



"Masih ada yang teragak-agak untuk melangkah ke hadapan untuk bertanya atau mendapatkan bantuan.



"Jadi peranan kami adalah untuk membantu golongan ini memikirkan tentang kerjaya secara strategik dan pelajari bagaimana mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan," ujarnya.



Cik Faridah menambah, kini Kelab Mendaki mempunyai lebih daripada 200 sukarelawan yang mendekati hampir 3,000 anak muda Melayu/Islam melalui pelbagai program.



Mengulas pengalamannya sebagai sukarelawan selama bertahun-tahun, Cik Faridah melahirkan rasa bersyukur dapat menyumbang kepada usaha membantu mereka yang memerlukan.



"Bagi saya, perkara yang terbaik yang dapat saya lakukan adalah untuk kongsi kelebihan yang pernah saya terima.



"Ada yang mungkin turun padang untuk membantu secara fizikal. Saya pula sedang memainkan peranan lain dari segi peringkat pengurusan untuk pastikan tidak ada sesiapa yang tertinggal dan seramai mungkin dapat memanfaatkan program yang ditawarkan," katanya.




BIODATA



FARIDAH MOHD SAAD

Usia:
33 tahun

Timbalan Pengarah (Agriteknologi) di Enterprise Singapura



PENDIDIKAN



- Sarjana Muda di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik

- Sarjana Muda di Universiti Boston dalam bidang Hubungan Antarabangsa



SUMBANGAN SUKARELAWAN



- Presiden Kelab Mendaki ke-10

- Anggota, INSPIRIT, Majlis Belia Nasional Singapura (NYC)

- Ahli Lembaga Yayasan Mendaki




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >