Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Giat 'panjat' tangga keusahawanan

Pengasas Climb Asia kini sasar pasaran luar negara
Oct 13, 2019 | 05:30 AM



FIKIR di luar kotak dan berusaha menjadi lain daripada lain.



Itulah pendekatan yang diambil Encik Mohd Halil Ngah, 48 tahun, demi 'memanjat' tangga kejayaan bagi perniagaan tembok panjat beliau, Climb Asia yang ditubuhkan pada 2002.



Pendekatan lain daripada lain itu jelas kelihatan apabila syarikat Encik Halil memperkenalkan konsep baru - iaitu memanjat tembok dalam suasana runcit - membuatkan mereka syarikat tembok panjat yang pertama di Singapura untuk melakukan demikian.



Konsep memanjat tembok dalam suasana awam seperti di tengah-tengah pusat membeli-belah, kini ditawarkan di tiga lokasi di Singapura - Kallang Wave Mall, Funan Digital Mall dan Novena Square.



"Tujuannya adalah untuk menjawab satu persoalan. Apa yang boleh kami lakukan untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk panjat tembok?" kata pengasas Climb Asia itu yang menerangkan bagaimana idea tersebut terlahir.



Beliau yang kaki panjat tembok itu menceritakan bahawa gim tembok panjat selalunya memerlukan seseorang itu untuk berpengalaman atau mempunyai sijil sebelum mereka diizinkan melakukan sukan tersebut.



Namun, beliau ingin kegiatan ini menjadi suatu yang dapat dinikmati ramai, malah boleh dijadikan kegiatan rekreasi bagi seisi keluarga.



Demi memastikan kegiatan panjat tembok ini mesra keluarga, Encik Halil telah memciptakan mekanisme keselamatan unik, di mana seseorang itu tidak perlu mempunyai pengalaman belay - mengawal tali yang terikat kepada orang yang memanjat supaya mereka tidak terjatuh ke bawah secara bahaya.



"Jika seseorang itu terlepas tali yang dipegang, ia tidak akan menjejas keselamatan orang yang sedang memanjat... kerana mekanisme itu akan membuat si pemanjat jatuh pada had kelajuan yang selamat.



"Manakala bagi gim tradisional, jika seseorang terlepas tali tersebut, habislah," ujar bapa dua anak itu.



Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mekanisme Belay Safe itu memakan masa selama dua tahun.



Bukan sahaja perniagaan Encik Halil menarik minat memanjat tembok di kalangan warga Singapura, tetapi syarikat tempatan itu telah menembusi pasaran luar negara dan mempunyai 12 gim panjat tembok di tujuh negara Asia dan Australia.



Namun, Encik Halil yang berwawasan tinggi itu mahu menebarkan sayapnya dan memperluas jaringannya lagi.



Menurutnya, dengan bantuan Pusat SME@Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), beliau berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat pula di mana Climb Asia mula menyertai Sidang Puncak Climbing Walls Association (CWA) tahun lalu yang membolehkan mereka membina rangkaian dengan rakan luar negara.



Penasihat perniagaan Pusat SME@ DPPMS, Cik Sneha Menon, berkata: "Ia penting bagi Climb Asia untuk menarik perhatian mereka yang lebih dekat kepada psikografi dan demografi pasaran khusus mereka, dan Sidang Puncak ini merupakan medium sesuai bagi syarikat itu menguji pasaran warga Amerika yang merupakan penggiat panjat tembok."



Sejauh ini, Encik Halil berkata mereka berjaya menjual 330 unit Belay Safe dan satu gim di Amerika telah menggunakan mekanisme mereka di kesemua gim mereka.



"Sebelum saya tubuhkan Climb Asia, saya memang nak tembusi pasaran luar negara.



"Ini adalah satu kejayaan bagi kami," ujarnya yang telah menubuhkan syarikat Climb Asia bersama rakan lain.



Buat masa ini, beliau berkata mereka ingin mencari rakan yang dapat mempromosikan produk mereka di sana.



Berkongsi rancangan masa depan, Encik Halil berkata: "Perkembangan adalah perkara semulajadi. Jika anda henti berkembang bermakna berakhirlah segala usaha anda.



"China adalah pasaran yang belum lagi diterokai, dan ia adalah pasaran yang besar, jadi kami sedang mengalihkan sumber kami supaya dapat bertapak di China."



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.


AYUH SERTAI SEMINAR EKONOMI BARU ANJURAN BH/BM



Dengar perkongsian dua syarikat - Asyura Paste dan Lemaq - yang pernah manfaatkan Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC) dan sertai satu sesi dialog bagi membincangkan isu-isu perniagaan.



Bila: Isnin, 11 November



Waktu: 2.30 hingga 5.30 petang



Tempat: Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC), Politeknik Singapura



Tidak ada bayaran dikenakan.



Sila daftar di econ.sphevents.com.sg



Seminar turut disokong Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >