Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gigih bantu rapatkan jurang budaya Asia Selatan, S’pura

Lulusan NUS dianugerah Hadiah Memorial Syed Ahmad Khan, Universiti Muslim Aligarh
Jul 17, 2023 | 05:30 AM



Minat pada isu yang menyelubungi rantau Asia Selatan mendorong beliau mengikuti bidang sosiologi di universiti agar dapat menyumbang kepada pelbagai hal, termasuk penyertaan tenaga kerja, bahasa dan isu sosial yang lain.

Bagi Cik Zara Karimi, minat itu lahir daripada pengalamannya sendiri sebagai seorang imigran India yang kini rakyat Singapura.

Meskipun menjadi warga Singapura dan telah menetap di sini hampir sepanjang hayatnya, Cik Zara sering berasa perbezaan budaya yang ketara antara dua dunia ini.

Justeru, beliau terdorong membantu dalam usaha merapatkan jurang itu menerusi program yang disertainya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan kajian yang dilakukannya bagi tesis serta modul pengajian bebas (ISM).

“Budaya dalam kalangan rakan sebaya Singapura saya di sekolah jauh berbeza daripada apa yang saya alami di rumah dan dalam masyarakat saya sendiri.

“Menelusuri jurang budaya merupakan minat utama saya dalam masyarakat Asia Selatan Singapura.

“Tesis dan ISM yang saya hasilkan tertumpu pada wanita migran dari India di Singapura, dan pengalaman tenaga kerja serta penghijrahan mereka sebagai seorang wanita,” kata Cik Zara, 24 tahun, lulusan Kolej NUS (NUSC), yang sebelum ini dikenali sebagai Program Cendekiawan Universiti (USP).

Komitmen Cik Zara untuk mengkaji isu-isu itu mendapat pengiktirafan baru-baru ini apabila beliau dianugerahi Hadiah Memorial Syed Ahmad Khan, Universiti Muslim Aligarh (AMU).

Hadiah itu mengiktiraf individu yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan mencerminkan komitmen kuat terhadap pengajian dan budaya Asia Selatan.

Setiap tahun, sejak 2022, dua pelajar yang menamatkan pengajian di NUSC dipilih untuk menerima hadiah wang tunai $250 setiap seorang, tanpa mengira etnik atau kewarganegaraan mereka.

Hadiah itu disumbang oleh Persatuan Alumni Universiti Muslim Aligarh (AMU) Singapura.

Cik Zara, yang baru-baru ini menerima ijazah sarjana muda Sastera/Sains Kemasyarakatan (Kepujian) NUS dan ijazah sarjana muda Sastera Sains Po Paris di bawah sebuah program ijazah berganda, penerima kedua hadiah itu dan penerima Islam pertama.

Mengenai pengiktirafan tersebut, Cik Zara berkata: “Saya amat berbesar hati menerima Hadiah Memorial Syed Ahmad Khan AMU tahun ini.

“Saya tidak pernah menjangka apa-apa pengiktirafan bagi minat saya ini, jadi saya sangat berterima kasih kepada komuniti profesor dan rakan sebaya saya dari Sciences Po Paris, Kolej NUS dan Jabatan Sosiologi dan Antropologi NUS yang telah menyokong saya sepanjang empat tahun saya di universiti, dan membolehkan saya memenangi anugerah ini.”

Dekan Kolej NUS, yang juga naib provost, atau naib ketua pentadbir (inovasi pendidikan), NUS, Profesor Simon Chesterman, berharap pengiktirafan sedemikian akan menjadi perangsang kepada mahasiswa lain.

“Kami amat berbangga dengan pelajar seperti Cik Zara, yang telah memberi kesan kepada masyarakat walaupun ketika itu sedang mengimbangi pelajarannya.

“Hadiah seperti Memorial Syed Ahmad Khan AMU sebahagiannya merupakan pengiktirafan akan bakat dan pencapaian Cik Zara, tetapi ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain – dan, sememangnya, merangsang usaha fakulti dan kakitangan kami juga,” ujarnya.

Pensyarah Kanan Adjung di Kolej NUS, Dr Mustafa Izzuddin, yang telah membantu dalam memeterai hadiah ini antara Persatuan Alumni AMU Singapura dan USP (kini NUSC) berkata sumbangan Cik Zara patut mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.  

Dr Mustafa yang mencalonkan Cik Zara untuk hadiah Memorial Syed Ahmad Khan, Universiti Muslim Aligarh (AMU) ini ketika menjadi penyelia projek penyelidikan bebas Cik Zara bertajuk ‘Penyertaan Buruh Wanita Imigran dalam Diaspora India Baru Singapura’ berkata:

“Beliau layak diberi pengiktirafan kerana beliau mencerminkan nilai-nilai hadiah ini bagi kecemerlangan akademik selain mampu memberikan pertimbangan yang matang dan seimbang, mempamerkan pemikiran global, terutamanya dengan Asia Selatan dan atas usahanya memberi kembali kepada masyarakat.

“Dengan anugerah ini, ia akan terus memberi beliau dorongan selepas tamat pengajiannya di universiti untuk berkhidmat sebagai rakan bicara muda dan aktif mengukuhkan hubungan antara India dengan Singapura melalui prisma pendidikan antara disiplin dan penglibatan antara budaya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >