Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Girl math’, istilah tular di TikTok beri alasan tabiat belanja berlebihan

Oct 30, 2023 | 01:56 PM



Baru-baru ini, istilah ‘girl math’ menjadi tular dan menarik perhatian ramai di TikTok.

‘Girl math’ melibatkan pengguna, biasanya wanita, yang memberi alasan bagi pembelian berharga yang tidak diperlukan.







Misalnya, konsep ‘girl math’ digunakan dalam video yang dimuat naik ke TikTok oleh Cik Chloe Liem yang ‘mendakwa’ harga $3,950 bagi anting-anting Cartier Trinity adalah harga berpatutan.

Malah, beliau berkata dalam video itu anting-anting berharga sedemikian seolah-olah “percuma”.

Pencipta kandungan yang berusia 20 tahun itu menjelaskan pembeliannya dengan menggunakan kalkulator.

“Pada mulanya saya mahu membeli sepasang anting-anting ‘Love’ yang berharga $5,250, tetapi akhirnya saya berkompromi dan mendapatkan anting-anting Cartier Trinity yang lebih murah, bernilai $3,950, maka saya telah untung $1,300...

“Saya juga mempunyai baucar pusat beli-belah $1,000, bermakna saya hanya perlu mengeluarkan $2,950 untuk anting-anting tersebut.

“Jika saya memakai anting-anting setiap hari selama empat tahun akan datang, ia hanya menelan kos kira-kira $1 setiap kali saya memakainya,” katanya.

Video Cik Liem telah mendapat lebih 7 juta tontonan dan lebih 790,000 tanda suka atau ‘likes’.

Bercakap kepada The Straits Times, Cik Liem berkata beliau membuat videonya untuk menghiburkan penonton.


Beliau menambah bahawa ia adalah cara yang menghiburkan untuk bercakap tentang tabiat berbelanja yang tidak rasional, dan cara orang berfikir apabila mereka membeli sesuatu.

Cik Atiqa Dar, seorang pempengaruh tempatan di TikTok juga cuba menjelaskan ‘girl math’ versinya sendiri. Misalnya, ‘girl math’ dijelaskan dengan gambaran berikut:

“Jika saya membeli baju berharga $100, tetapi mengembalikan baju tersebut dan mendapat bayaran balik, saya rasa saya telah keuntungan $100.

“Semua yang dibayar secara tunai adalah percuma kerana jumlah wang dalam bank tidak ditolak,” kata beliau.

Pakar dan golongan muda yang ditemu bual ST memberi amaran agar tidak memandang serius tentang konsep perakaunan sedemikian dan menegaskan pentingnya untuk mengamalkan perancangan kewangan yang baik.

Perunding kewangan kanan, Cik Kayley Chua, 27 tahun, berkata memikirkan bayaran balik atau diskaun sebagai “wang percuma”, seperti yang disokong oleh ‘girl math’, boleh menggalakkan perbelanjaan impulsif dan mengurangkan tabungan yang boleh disimpan untuk matlamat kewangan jangka panjang.

“Adalah penting untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu semata-mata berdasarkan persepsi mendapat tawaran yang baik,” kata Cik Chua.

“Menguruskan kewangan dengan baik memerlukan pengetahuan, disiplin dan tindakan yang dirancang,” ujar Cik Lorna Tan, ketua literasi perancangan kewangan di DBS Bank.

Istilah ‘girl math’ tambah ST, mengukuhkan stereotaip negatif yang menggambarkan wanita sebagai golongan yang tidak bijak mengurus hal kewangan mereka dan cenderung berbelanja secara berlebihan.

Walaupun istilah itu pada mulanya boleh dilihat sebagai satu gurauan hanya untuk menghiburkan semata-mata, adalah penting untuk tidak memandang rendah potensi bahaya menggalakkan tabiat perbelanjaan yang buruk serta mengukuhkan stereotaip negatif berdasarkan jantina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >