Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan kurang upaya, pengasuh lawat Istana

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



CIK Faridah Tamby dan anaknya, Encik Muhammad Fahmi Adam, berasa gembira dan teruja dijemput ke Istana buat kali pertama semalam.



Ibu berusia 57 tahun juga merupakan pengasuh bagi Encik Fahmi, 21 tahun, yang mengalami kurang upaya daya intelek, epilepsi, atau sawan, dan skoliosis (kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu bengkok ke kiri atau ke kanan) sejak lahir.



Mereka diundang ke Istana sempena Tahun Baru Cina oleh kelab Me Too! di bawah Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds).



Acara itu sebahagian daripada pelibatan masyarakat Presiden Halimah Yacob.



Apabila ditanya apakah peri penting acara sebegitu bagi beliau dan anaknya, Cik Faridah menjawab:



"Acara seperti ini baik dan penting kerana masyarakat melibatkan kami dan cuba membuat kami berasa inklusif. Sebagai pengasuh, saya tidak berasa dilupakan.



"Acara ini juga membuat saya ghairah dan saya tidak sabar untuk menghadirinya."



Ibu tiga anak itu menambah: "Dalam pada itu, ia juga beri saya pengalaman baru untuk dinikmati bersama anak bongsu saya."



Cik Faridah, seorang suri rumah, berkata pengasuh juga memerlukan masa menyeronokkan bersama untuk melegakan cabaran yang dihadapi.



Encik Fahmi antara lapan benefisiari daripada kelab Me Too! yang dijemput bagi acara itu.



Walaupun beliau tidak dapat melahirkan kata-kata, kegembiraannya dapat dilihat melalui gerak-gerinya, tepukan tangan dan gelak ketawanya.



Kelab Me Too! bertujuan meningkatkan integrasi sosial bagi golongan kurang upaya daya intelek bersama orang lain supaya mereka dapat membina hubungan berkekalan bersama rakan daripada semua lapisan masyarakat.



Acara berlangsung dengan kerjasama Pasukan Belia Singapura (YCS), dan enam relawan berusia antara 15 dengan 35 tahun membantu dalam acara semalam.



Antara mereka ialah Encik Saifuddin Arif Zainal, 24 tahun, yang telah menjadi relawan bersama YCS sejak 2015.



"Acara interaksi seperti ini amat membantu benefisiari kerana ia memberi merka platform untuk bersuara dan juga menunjukkan bahawa masyarakat mengasihi dan mengambil berat akan mereka," ujar beliau.



Dalam majlis itu, Presiden Halimah beramah-tamah bersama para benefisiari semasa aktiviti kraf tangan menghiasi beg kecil dengan buah oren dengan bantuan kakitangan Minds dan relawan YCS.



Puan Halimah juga memberi paket merah kepada para benefisiari dan relawan sebagai tradisi Tahun Baru Cina.



Melahirkan penghargaan kepada Puan Halimah dan kelab Me Too! bagi kesempatan itu, Cik Faridah berkata:



"Minds dan relawan daripada YCS banyak membantu menjayakan perjalanan kami dan saya sangat berterima kasih akan bantuan serta kesempatan ini."



Acara itu diakhiri dengan bersiar-siar di pekarangan Istana.



Dalam satu catatan di Facebook, Puan Halimah berkata beliau gembira dapat menganjurkan acara kecil di Istana.



"Saya gembira mereka menikmati lawatan mereka ke bangunan utama Istana.



"Saya harap saya dapat menganjurkan lebih banyak acara sedemikian untuk benefisiari pada masa akan datang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >