Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan muda kumpulan terbesar ditangkap dalam penipuan e-dagang

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai golongan muda ditangkap berkaitan penipuan e-dagang walaupun berdepan dengan hukuman berat, termasuk hukuman penjara sehingga 10 tahun.



Majoriti penipuan itu, yang menyebabkan mangsa kehilangan $8.3 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2022, melibatkan mereka yang menyiarkan produk untuk dijual, namun tidak menghantar barangan itu.



Perangkaan polis bagi penipuan e-dagang menunjukkan bahawa hampir 60 peratus mereka yang ditangkap kerana peranan mereka dalam jenayah antara Januari dengan Oktober tahun ini berusia 29 tahun dan ke bawah.



Seramai 121 individu ditahan dalam tempoh itu termasuk 15 remaja berusia 19 tahun dan ke bawah, dan 56 orang berusia antara 20 dengan 29 tahun, lapor The Straits Times.



Encik Jeremy Pereira, seorang peguam kanan di Withers KhattarWong, berkata adalah satu perbuatan menipu jika "penjual" mempamerkan barang mereka dalam talian tetapi tidak mempunyai niat menghantar barang tersebut.



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



"Ada juga kes baru-baru ini di mana 'penjual' menyangka dia akan berada 'di bawah radar' dengan menjual barang yang sangat kecil nilainya, dengan harapan mangsa tidak akan bersusah payah membuat laporan polis mengenai beberapa dolar.



"Banyak laporan polis masih difailkan terhadap penipu itu," katanya tanpa memberi butiran lanjut.



Bilangan penipuan e-dagang - penipuan ketiga paling banyak dan membimbangkan di Singapura selepas melibatkan penipuan pekerjaan dan pancingan data - telah meningkat dua kali ganda antara 2021 dengan 2022.



Sejumlah 2,267 penipuan e-dagang dilaporkan dalam enam bulan pertama 2022 berbanding 1,057 kes dalam tempoh sama pada 2021, menurut angka polis yang dikeluarkan pada Ogos lalu.



Kenaikan itu sejajar dengan peningkatan keseluruhan kes penipuan di sini pada separuh pertama 2022, yang turut meningkatkan kadar jenayah di Singapura.



Platform yang paling biasa digunakan penipu e-dagang termasuk Carousell, Facebook, WhatsApp dan Telegram, dan produk paling biasa ditawarkan bagi jualan itu termasuk barangan elektronik serta koleksi, kad dagangan dan kad grafik.



Encik Azri Imran Tan, seorang rakan kongsi yang pakar dalam kerja defendan jenayah di I.R.B Law, berkata beliau mempunyai lebih ramai pelanggan muda pada 2022 berbanding tahun-tahun sebelumnya, dengan pelanggan paling mudanya hanya berusia 17 tahun.



Sehingga sekarang, beliau telah mengendalikan sekurang-kurangnya 20 kes, dengan anak guamnya berdepan tuduhan termasuk menipu.



Encik Tan berkata golongan muda terpikat dengan janji wang tunai yang cepat dan mudah, dan menganggap jenayah itu tidak serius.



"Adalah satu mitos untuk menganggap pesalah boleh melepaskan diri.



"Ia juga bukan jaminan bahawa mahkamah akan melayan pesalah dengan ringan, walaupun dia masih muda," ujarnya.



Beliau menambah bahawa beberapa anak guamnya juga telah disaman dalam prosiding sivil untuk mendapatkan semula kerugian mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >