Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab kenakan bayaran platform 30 sen mulai 18 Dis

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT penyewa kenderaan privet Grab akan mula mengenakan bayaran platform 30 sen bagi tempahan yang dibuat melalui wadahnya bermula 18 Disember.



Bayaran itu termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan dikenakan bagi semua perjalanan Grab kecuali yang melalui khidmat GrabHitch dan GrabResponse.



Ini langkah sedemikian pertama yang dibuat oleh syarikat itu bagi menyesuaikan harganya selepas Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menarik balik sekatan terhadapnya bulan lalu.



Grab mengatakan dalam lamannya bahawa bayaran platform itu akan digunakan bagi "membiayai inisiatif yang akan membuat perjalanan lebih baik, lebih selamat dan lebih terjamin" bagi penumpang dan pemandu.



Ia menambah bahawa dua pertiga daripada bayaran itu akan digunakan bagi membaiki ciri keselamatan, antara lain



Sebanyak satu pertiga akan digunakan bagi inisiatif untuk menyokong pemandu, termasuk faedah dan elaun latihan.



"Bayaran platform atau bayaran khidmat merupakan bayaran yang dikenakan industri di kebanyakan wadah dalam talian, seperti khidmat penghantaran, syarikat penyedia khidmat perjalanan dan laman penyedia penginapan yang menggenakan bayaran bagi khidmat yang disediakan,'' kata Grab.



Syarikat pesaingnya, Gojek, juga memperkenal bayaran platform sebanyak 70 sen pada Mac.



Grab telah memperkenal bayaran platform sebanyak 20 sen bagi khidmat penghantaran makanan. Ia tidak dapat meneruskan mengenakan yang sama bagi khidmat penyewaan kenderaan kerana sekatan yang dikenakan oleh CCCS pada 2018.



Grab menghadapi banyak sekatan selepas ia gagal mematuhi undang-undang yang menghalang penggabungannya dengan Uber, yang akan mengurangkan persaingan di sini.



Namun, CCCS menarik balik sekatan yang dikenakan Grab itu bulan lalu selepas memperkenal rangka kerja pengawalan pengangkutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >