Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Graduan terbaik dalam kursus kepimpinan SAF

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



SETELAH 10 bulan menjalani Kursus Komand dan Staf (CSC) di Kolej Komand dan Staf Goh Keng Swee, Mejar Mohamed Firdaus Mohd Ghazali berjaya muncul sebagai graduan terbaik bagi kohort ke-53 kursus tersebut.



Beliau antara 231 graduan yang turut terdiri daripada pegawai perkhidmatan negara dan pegawai antarabangsa dari 11 negara.



Kelmarin, Mejar Mohamed Firdaus, 35 tahun, menerima anugerah atas pencapaiannya daripada Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, sewaktu majlis makan malam yang diadakan di Istana.



Dr Ng, dalam catatan Facebooknya, berkata bahawa kohort itu pada mulanya perlu berdepan dengan sekatan Covid-19 pada awal tahun, tetapi setelah keadaan beransur seperti biasa, mereka berpeluang ke luar negara untuk melawat pertubuhan tentera negara Asean.



Beliau berbesar hati dapat meraikan pencapaian para graduan dan mengucapkan tahniah kepada mereka.



Anugerah bukti sokongan tidak terbatas keluarga, rakan



Ketika Mejar Mohamed Firdaus Mohd Ghazali baru sahaja memulakan perjalanannya untuk menimba kemahiran dan ilmu dalam Kursus Komand dan Staf (CSC), beliau menerima berita bahawa anak kecilnya dijangkiti Covid-19.



Namun, berkat sokongan rakan-rakan dan keluarga, Mejar Mohamed Firdaus, 35 tahun, dapat terus menumpukan perhatian terhadap latihannya dan setelah 41 minggu, muncul sebagai graduan terbaik bagi CSC ke-53.



"Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana diberi peluang ini untuk memulakan perjalanan pembelajaran dan pembangunan diri.



"Anugerah ini adalah bukti kukuh kebijaksanaan kolektif dan pembelajaran kursus yang kolektif, sokongan daripada keluarga, dan keakraban serta ikatan yang dijalin bersama semua rakan dalam kursus ini," kata bapa dua anak itu.



Berkongsi pengalaman, beliau berkata CSC merupakan wadah bagi pemimpin untuk berkumpul dengan tujuan yang sama, iaitu untuk berkhidmat kepada negara.



Kursus ini membolehkan beliau belajar tentang perspektif dan kepakaran berbeza daripada pemimpin yang datang daripada latar belakang berlainan.



Malah, beliau percaya ia membantunya menjadi individu dan pemimpin yang lebih baik buat pertubuhannya.



CSC merupakan kursus yang bertujuan mendidik, melatih dan membangunkan pegawai bagi peranan mereka sebagai pemimpin dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Antara lain, ia mengajar pegawai untuk memahami perubahan dan trend dalam sekitaran strategik, dan mengajar mereka menyesuaikan diri untuk menangani cabaran pertubuhan dan operasi yang boleh timbul.



"Dari segi kepimpinan, kursus itu merangkumi pelbagai modul kepimpinan yang diatur buat kami, supaya kami boleh memperbaiki diri dan menjadi pemimpin pertubuhan yang lebih baik," katanya.



Mengulas, beliau berkongsi bahawa seorang pemimpin bukan sahaja perlu mengenali kekuatan, tetapi menerima kelemahan diri, supaya dapat memperbaiki kelemahan tersebut.



Ia juga penting bagi pemimpin untuk memberi inspirasi dan menawan hati orang-orang di bawah arahan mereka supaya dapat mencapai hasil yang diinginkan, kongsinya.



Mejar Mohamed Firdaus turut meluahkan penghargaan kepada isterinya yang merupakan tunggak kekuatannya.



"Beliau telah menjaga dari sudut rumah dan memberi saya sokongan tidak terbatas dalam mengharungi masa sukar. Saya sentiasa bersyukur kerana ada beliau," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >