Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: MEMBIAYA KEPERLUAN JANGKA PANJANG

GST tidak dinaikkan tahun ini, tapi antara 2022 - 2025

Kenaikan dijangka dilakukan 'lebih cepat' dan bukan 'lebih lewat' bergantung pada keadaan ekonomi - DPM Heng
Feb 17, 2021 | 05:30 AM



CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka dinaikkan antara tahun depan dengan 2025, mengikut keadaan ekonomi, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Kenaikan antara tujuh peratus dengan sembilan peratus itu pertama kali diumumkan pada Belanjawan 2018.



Encik Heng, di Belanjawan tahun lalu, berkata GST tidak akan dinaikkan tahun ini kerana keadaan ekonomi dijangka muram.



Namun, membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen semalam, Encik Heng berkata kenaikan GST dijangka dilakukan 'lebih cepat' dan bukan 'lebih lewat'.



Menurut beliau, jika GST tidak dinaikkan, Singapura tidak akan berupaya memenuhi keperluan perbelanjaan berulang yang diperlukan, terutama dalam jagaan kesihatan.



"Meskipun kita bernasib baik kerana dapat menggunakan rizab dalam respons kepada krisis Covid-19, pemerintah tidak berkemampuan menanggung defisit belanjawan berterusan di luar tempoh krisis," kata Encik Heng.



Beliau juga mengulangi komitmen pemerintah untuk memastikan sistem cukai dan pindahan wang keseluruhan kekal adil dan progresif, termasuk melalui Pakej Jaminan $6 bilion yang sebelum ini diumumkan untuk mengurangkan kesan kenaikan GST.



Encik Heng berkata pakej tersebut akan menangguh kesan kenaikan kadar GST bagi sebahagian besar isi rumah warga Singapura selama sekurang-kurangnya lima tahun.



Kesan ini lebih besar bagi warga Singapura bergaji lebih rendah, kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.



Mereka yang tinggal di flat HDB antara satu dengan dua bilik menerima bantuan bernilai 10 tahun perbelanjaan GST tambahan.



GST bagi pendidikan dan jagaan kesihatan awam yang bersubsidi akan terus ditanggung pemerintah sepenuhnya.



Menurut Encik Heng, tidak ada menteri kewangan suka bercakap mengenai kenaikan cukai, terutama semasa pandemik.



"Namun kita perlu berbuat demikian kerana kita merancang bagi jangka panjang dan kita tidak berselindung untuk menerangkan kepada warga sebab di sebalik keputusan sukar tetapi wajar itu untuk memastikan kita terus berkemampuan membiayai masa depan negara," kata Encik Heng.



Menurut Encik Heng, keadaan fiskal negara dijangka menjadi lebih ketat bagi tahun-tahun akan datang.



Pemerintah juga telah menjangka keperluan perbelanjaan berulang yang bertambah sebelum Covid-19, terutama dalam sektor seperti jagaan kesihatan.



Perbelanjaan pemerintah bagi jagaan kesihatan telah meningkat tiga kali ganda dalam sedekad, daripada $3.7 bilion pada tahun kewangan 2010 (FY2010) kepada $11.3 bilion pada FY2019, kata Encik Heng.



"Warga Singapura sentiasa meluahkan keinginan menjaga warga emas kita dengan lebih baik, menerusi khidmat jagaan orang tua yang bermutu tetapi dimampui.



"Ini hanya boleh dilakukan jika kita dapat mengumpulkan sumber untuk berbuat demikian," ujar Encik Heng.



Menurut beliau lagi, pemerintah bepegang pada pendirian bahawa perbelanjaan berulang harus dibiayai pendapatan berulang, yang memastikan ia berbelanja secara bertanggungjawab bagi warga Singapura generasi masa ini dan pada masa depan.



Selain Pakej Jaminan, skim sokongan lain seperti Baucar GST - yang menampung sebahagian perbelanjaan isi rumah bergaji rendah dan pertengahan - akan dipertingkat apabila kenaikan GST dilakukan, kata Encik Heng.



Berdasarkan GST yang pernah dikumpulkan, penduduk asing di Singapura, pelancong dan 20 peratus isi rumah teratas dianggarkan membayar lebih 60 peratus GST bersih yang dikenakan terhadap isi rumah dan individu, tambah beliau.



Tahun lalu, 20 peratus isi rumah teratas membayar 56 peratus cukai dan menerima 11 peratus manfaatnya.



Sebaliknya, 20 peratus isi rumah terendah membayar sembilan peratus cukai dan menerima 27 peratus manfaatnya.



Pemerintah kali terakhir menaikkan GST pada 2007 - daripada lima peratus kepada tujuh peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >